Cina Muslim tidak lupakan budaya mereka

“Program hari ini adalah untuk meyakinkan masyarakat, khususnya masyarakat Cina lain bahawa masyarakat Cina Muslim tidak pernah melupakan budaya mereka hanya kerana mereka beragama Islam,” kata beliau dalam ucapan perasmian Chinese New Year Open House 2017 di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu.

Ulas beliau, Rumah Terbuka Tahun Baru Cina yang diadakan ini bukanlah perayaan yang berunsurkan keagamaan tetapi ia merupakan perayaan budaya.

Tambah Masidi, kerajaan negeri juga mencadangkan agar sebuah masjid yang berunsurkan budaya masyarakat Cina diwujudkan di Sabah.

“Cadangan tersebut merupakan salah satu cara untuk meraikan perbezaan pelbagai kaum tetapi bersatu dalam satu agama.”

   

Tetamu majlis menggaul yee sang, pertandingan fesyen kanak-kanak dan para hadirin rumah terbuka

Sehubungan dengan itu, beliau mahu masyarakat Cina yang beragama Islam merasa selesa kerana mereka juga mempunyai tempat dalam masyarakat di negara ini.

“Sekiranya kita melihat kepada perkembangan Islam di Asia Tenggara masyarakat Cina lebih awal memeluk agama Islam dan masjid yang tertua yang berusia lebih 1,000 tahun terletak di Guangzhou, China,” ujarnya.

Di Malaysia menurutnya, terdapat beberapa bangunan masjid yang mempunyai ciri-ciri budaya kaum tertentu seperti Masjid Kling, Melaka dan Masjid Cina di Penang.

“Sesuatu yang baik dalam konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia dan ia melambangkan bahawa Islam bukanlah Melayu, Melayu bukanlah Islam.”

Rumah terbuka anjuran bersama Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Sabah, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Sabah dan Hidayah Centre Sabah ini telah dihadiri lebih 100 orang pada Ahad, 12 Februari lalu.

Majlis juga diserikan dengan pelbagai acara menarik antaranya menggaul yee sang, tarian  singa, pemberian angpau dan pertandingan fesyen Tahun Baru Cina untuk kanak-kanak.

Turut hadir memeriahkan sambutan ini Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai, Presiden MACMA Malaysia, Prof Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Pengerusi MACMA Sabah, Ritchie Jay Cheng dan Yang Dipertua IKRAM Sabah, Dr Hj Mingu Jumaan.

Kredit: Sayang Sabah | Hidayah Centre Sabah

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia