Berita Negeri

SRI Al-Amin Wilayah Persekutuan ditubuhkan secara rasmi

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua IKRAM Wilayah Persekutuan, Prof Dr Sahrim Ahmad telah merasmikan penubuhan Sekolah Rendah Islam Al-Amin Wilayah Persekutuan (SRIAAWP) dalam Majlis Perasmian dan Hari Induksi sekolah tersebut pada  Sabtu 31 Disember 2011 yang lalu. Sekolah yang terletak di Desa Setapak, Wangsa Maju ini adalah sebuah sekolah dengan usahasama antara Pusat Pendidikan Al-Amin Gombak dengan IKRAM Wilayah Persekutuan.

Read More »

Aqsa Syarif Selangor anjur Paintball Piala Izzuddin Al-Qassam

GOMBAK – Sempena memperingati serangan kejam rejim Zionis Israel pada 27 Dis 2008, Aqsa Syarif Selangor dengan kerjasama IKRAM Selangor telah menganjurkan pertandingan paintball Piala Izzuddin Al-Qassam bertempat di Rimba Harmonis Paintball pada Sabtu 24 Disember 2011 yang lalu. Nama Izzuddin Al-Qassam pula telah diambil untuk memperingati seorang ulama’ Palestin, Syeikh Izzuddin Al-Qassam yang telah syahid mempertahankan bumi Palestin pada tahun 1935.

Read More »

Hari Keluarga Hulu Selangor jalin ukhuwah di jalan dakwah

HULU SELANGOR – Kesegaran tapak perkhemahan dengan rimbunan pohon menghijau dan air sungai yang jernih, selain kemudahan asas seperti dewan utama, surau, dewan makan dan bilik air yang agak selesa pasti meninggalkan kenangan manis kepada lebih 150 ahli dan rakan IKRAM bersama keluarga masing-masing yang hadir ke program ‘Hari Keluarga IKRAM Hulu Selangor 2011’ semalam.

Read More »

Berkhitan amalan para nabi


KOTA BHARU – Seramai 23 remaja lelaki bersama ibu bapa masing-masing telah memenuhi Masjid Mukim Tapang, Kota Bharu, Kelantan bagi menyertai program berkhitan beramai-ramai mulai jam 8.00 pagi pada 3 Disember 2011.

Read More »

SUPERB IKRAM Johor memang ‘superb’!

JOHOR BAHRU – Bersempena hari keputeraan Sultan Johor, Duli Yang Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada hari Selasa 22 November yang lalu, Jawatankuasa Pemuda Remaja Belia (JKPRB) Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Johor telah menganjurkan Sukan Pemuda Remaja Belia (SUPERB) IKRAM Johor. Kejohanan telah dilangsungkan di Institut Kemahiran MARA Johor Bahru dengan JKPRB Bandar Raya Johor Bahru bertindak sebagai tuan rumah.

Read More »

Daurah Belia IKRAM Selangor perkasa dakwah belia

GOMBAK – Daurah Belia IKRAM Selangor telah diadakan buat julung kalinya oleh Pemuda IKRAM Selangor pada Ahad 30 Oktober lalu di Sekolah Al-Amin Gombak. Lebih 130 peserta terdiri daripada belia seluruh Selangor mengikuti program sehari ini.

Read More »

Berita Negeri

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia