Bukan Sekadar Boikot Barangan, Lihat Skop Lebih Luas

Bukan Sekadar Boikot Barangan, Lihat Skop Lebih Luas | IKRAM

KUALA LUMPUR – Kempen boikot terhadap syarikat-syarikat yang menyokong Israel telah mendapat sambutan yang meluas di peringkat antarabangsa termasuk di Malaysia sehingga mengakibatkan kerugian yang signifikan pada syarikat-syarikat yang terlibat.

Situasi ini telah menimbulkan perbincangan yang hangat dalam kalangan rakyat Malaysia. Justeru, forum bertajuk “Boikot Syarikat yang Bersekongkol dengan Israel: Merugikan atau Menguntungkan?” telah diadakan bagi menjawab persoalan ini dan memberikan kefahaman tentang tujuan dan matlamat kempen sebegini diadakan.

Berlangsung di Auditorium Bangunan Azman Hashim, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, forum ini menampilkan empat ahli panel yang disegani iaitu aktivis politik Tian Chua, aktivis Pertubuhan IKRAM Malaysia Prof Dr Awaluddin Shahroun, Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute Prof Emeritus Jomo KS dan Presiden MAPIM Cikgu Azmi Abdul Hamid.

Tian Chua menyarankan agar masyarakat melihat isu boikot ini dalam skop yang lebih besar daripada sekadar melihat ia sebagai tindakan memulau barangan sahaja.

Menurutnya, tindakan boikot adalah sesuatu yang telah banyak dimulakan oleh pergerakan lain sebelum ini seperti di Afrika Selatan (yang telah berjaya menamatkan dasar aparteid) dan lain-lain lagi.

“Sebagai warganegara, kita harus berkempen untuk dua strategi iaitu kepelbagaian dan sekatan,” kata beliau.

Jelas beliau, sekatan hanya boleh dilakukan oleh pihak kerajaan namun sebagai pengguna, masyarakat boleh menggunakan kuasa pengguna untuk beralih kepada barangan atau servis lain sebagai alternatif.

Dr Awaluddin menyatakan sejarah kempen pemboikotan di peringkat antarabangsa melalui BDS bermula apabila usaha pemimpin di peringkat global tidak menampakkan kesannya untuk menghentikan kekejaman Zionis Israel terhadap Palestin setelah sekian lama.

“Tidak ada gunanya untuk pergi ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk sebarang penyelesaian politik kerana AS akan menggunakan kuasa veto.”

“Zionis tidak akan berhenti sehingga mereka mengakses seluruh Palestin sepertimana kekejaman yang kita telah saksikan pada hari ini,” jelas beliau.

Tegas beliau, masyarakat perlu faham bahawa Palestin akan kehilangan semua hak dan pemilikan mereka jika sesuatu tidak dilakukan.

Prof Jomo menegaskan bahawa usaha pemboikotan ini dianggap berjaya kerana ada penentangan namun harus diakui akan ada risiko dan kemungkinan untuk mengalami kerugian.

“Kalau kita hidup dengan faedah ekonomi semata-mata, saya rasa itu bukan manusia lagi,” ujar beliau.

Cikgu Azmi menyokong kenyataan ini dengan mengatakan bahawa boikot bukan sesuatu yang tidak boleh diterima.

“..kerana sejarah memberikan rekod bahawa sesuatu tindakan boleh dilakukan apabila berupaya memberikan kesan kepada dasar dan pelbagai ketidakadilan,” kata beliau.

Mengulas lanjut, beliau mengatakan boikot ini adalah satu pengalaman yang telah dilalui oleh banyak negara dan telah menyebabkan berlaku perubahan-perubahan politik apabila adanya kesepaduan kekuatan antara aktivis sosial dan polisi kerajaan.

Untuk saksikan video forum tersebut, sila klik di sini.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia