Boikot kejohanan basikal dunia di Israel

Gesaan itu dibuat dalam surat terbuka kepada Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) yang juga Anggota Pengurusan Eksekutif Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), Dato’ Amarjit Singh Gill.

“Pemilihan Israel sebagai tuan rumah kepada acara ini telah mendapat bantahan lebih 120 badan hak asasi manusia antarabangsa kerana Israel cuba menggunakan Giro d’Italia sebagai platform untuk mempromosikan Jerusalem sebagai ibu negara Israel kepada seluruh dunia,” kata BDS Malaysia dalam surat tersebut.

Tambahnya, sebelum pengumuman oleh Presiden Donald Trump, Giro d’Italia telah pun mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel.

“Ini terbukti apabila ia menggunakan imej Jerusalem Timur, wilayah yang diiktiraf antarabangsa sebagai wilayah Palestin yang dijajah oleh Israel (Occupied Palestinian Territories) dalam promosi-promosinya yang menggambarkan seolah-olah wilayah ini adalah sebahagian daripada Israel.”

Menurut BDS Malaysia lagi, peringkat pertama dan ketiga acara ini akan melalui wilayah Jerusalem dan wilayah Negev di selatan Israel.

“Jika laluan di Jerusalem mengiktiraf penguasaan Israel ke atas kota itu, laluan di Negev memaksa dunia menutup mata terhadap kezaliman Israel ke atas komuniti Arab Badwi di wilayah tersebut.”

Kata BDS Malaysia lagi, Israel Cycling Federation (ICF) turut mencabuli undang-undang antarabangsa dengan menaja dan menganjurkan perlumbaan di wilayah Palestin yang dijajah dan wilayah Bukit Golan yang dirampas dari Syria.

Israel juga bercadang untuk menjadikan Giro d’Italia sebagai salah satu acara untuk meraikan ulang tahun ke-70 penubuhan Israel walhal ia menjadi detik hitam kepada lebih 700,000 rakyat Arab Palestin yang diusir keluar militan Zionis, yang disebut sebagai Hari Nakbah.

Tambah BDS, kod Etika UCI ada menyebut tentang  tanggungjawabnya untuk “menjaga integriti dan reputasi sukan berbasikal di seluruh dunia.”

“Penglibatan Israel sebagai tuan rumah Giro d’Italia jelas merosakkan integriti dan reputasi sukan berbasikal dunia apabila acara ini diadakan di wilayah Palestin yang dijajah dan bekerjasama dengan kerajaan dan syarikat-syarikat Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa.”

Dalam surat itu juga, BDS Malaysia turut memohon kerjasama Dato’ Amarjit supaya mendesak Giro d’Italia mengeluarkan Israel daripada siri jelajahnya dan mengusulkan kepada UCI agar menggantung keahlian Israel Cycling Federation (ICF) dan Israel Cycling Academy (ICA) sekiranya mereka masih meneruskan aktiviti di wilayah Palestin yang dijajah.

Baca isi penuh surat terbuka:  http://bit.ly/2HNZyQw

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia