Berpadu tenaga hadapi ektremisme

Resolusi-resolusi ini merangkumi peranan mendidik anak muda, strategi menghadapi ekstremisme serta peranan institusi dan pertubuhan di setiap negara bagi mengadakan pelbagai aktiviti dan program bermanfaat untuk mereka. 

Persidangan antarabangsa yang berlangsung di Everly Hotel anjuran IKRAM dan Muslim Youth League (MyLeague) ini dihadiri kira-kira 130 orang peserta dari 20 negara termasuk Malaysia bagi menangani gejala ekstremisme dalam kalangan anak muda.

Naib Presiden IKRAM, Hj Shahrul Aman Mohd Saari bersama peserta anak muda IKRAM

Seramai 12 orang wakil anak muda IKRAM telah menyertai persidangan ini antaranya Marwan Abdullah, Presiden IKRAM Siswa yang turut memberikan perkongsian mengenai aktiviti menangani ektremisme di Malaysia.

Perincian resolusi persidangan adalah seperti berikut:

Resolusi Umum

1. Menyediakan platform yang lengkap untuk anak muda merealisasikan tanggungjawab mereka.

2. Mengukuhkan kepercayaan dan iman anak muda terhadap manhaj Ilahi dengan cara meningkatkan tahap kefahaman agar mereka mempunyai kekuatan untuk melakukan perubahan.  

3. Menanam prinsip menerima pandangan orang lain dan bergabung dalam masyarakat demi mewujudkan kerjasama bagi merealisasikan kebangkitan yang menyeluruh.

4. Membina nilai-nilai kebebasan, keadilan, dan kebangkitan menurut kefahaman islam serta mengukuhkannya dalam jiwa anak muda.

5. Mengembangkan visi yang global, lengkap dan bersekutu untuk aktivisma anak muda dan mahasiswa dalam alam islami dengan cara bekerjasama interaksi antara anak muda.

6. Mengukuhkan kefahaman ummatan wahidah dan membina kesedaran terhadap kesucian dan kehormatan darah umat Islam serta meningkatkan nilai dan kemuliaan insan.

7. Menggalakkan dan melatih budaya dialog dan tatacara menguruskan perbezaan melalui aktivisma anak muda dan mahasiswa.

Resolusi dan Saranan MyLeague

1. Menghadapi pemikiran ekstremisme, melampau, dan ateisme dalam kalangan anak muda dengan cara menumpukan perhatian terhadap konsep yang sederhana serta menyelesaikan masalah dalam realiti anak muda dengan cara mendorong mereka kepada misi untuk membangunkan ummah.

2. Menangkis kesan daripada penyebaran unsur ekstremisme, melampau, dan ateisme melalui alat komunikasi dan media sosial dengan cara mengadakan bengkel membicarakan tentang perkara tersebut secara khusus.

3. Menyediakan anak muda yang mampu untuk berinteraksi dan menangani masalah-masalah anak muda dan isu ekstremisme dengan cara bekerjasama dengan institusi-institusi penyelidikan.

Resolusi dan Saranan untuk Institusi dan pertubuhan di setiap negara

1. Menyediakan kajian yang ilmiah dan mendasar dengan realiti anak muda dan menilai femomena ekstremisme serta menyediakan cadangan dan penyelesaian untuk menangani fenomena ini.

2. Menganjurkan muktamar, konvensyen, bengkel, serta pertemuan dengan anak muda dan mahasiswa untuk menangani fenomena ekstremisme serta menyediakan penyelesaian untuk menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan anak muda.

Penterjemah Resolusi: Usaid Subki

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia