Berjaulah hingga ke syurga…

13 Jun 2013… Kami akhawat Jordan menerima kedatangan dua orang akhawat dari United Kingdom (UK), Nur Ili Dayana binti Mazlan@Masgelan (pelajar Tahun Akhir Sains Aktuari, London Economy of School) dan Sumaiyah binti Romli (pelajar Tahun 1, Astrofizik, University College London, dalam rangka berjaulah (mengembara) selama 12 hari ke sini dengan tujuan menziarahi akhawat, mencari ibrah (pengajaran) di bumi anbiya dan berukhuwah sesama rakan di Jordan.

 

Pada awalnya, jaulah ke tempat-tempat bersejarah yang berhampiran dengan Irbid telah diuruskan oleh akhawat. Kemudian pada 20 haribulan dan seterusnya, seperti dirancang, jaulah akan diteruskan ke kawasan selatan Jordan yang jaraknya enam hingga tujuh jam perjalanan dari Irbid, menyebabkan akhawat meminta khidmat pelajar Melayu yang sudah biasa menjadi ejen pelancong.

 

Ahli jaulah mereka seramai sembilan orang dan bergerak dalam dua kereta. Dua orang akhawat UK tersebut menaiki sebuah kereta bersama tiga orang lagi pelajar Jordan – seorang pemandu lelaki (pelajar Universiti Yarmuk) dan sepasang suami isteri (kedua-duanya juga pelajar Universiti Yarmuk dan si isteri sedang mengandung tujuh bulan setengah). Kereta yang satu lagi dinaiki seorang pelajar perempuan Yarmuk, seorang pelajar perempuan dari University di Mafraq dan ibu bapa pelajar tersebut.

 

Ditakdirkan Allah, pada 21 Jun sekitar jam 4.00 hingga 5.00 petang, kereta yang dinaiki akhawat UK terbabas ke dalam gaung ketika dalam perjalanan dari Petra ke Aqabah. Dua orang iaitu Nazirul dan Arwah Sumaiyah telah tercampak keluar dari kereta, manakala sebuah lagi kereta dalam keadaan selamat dan telah hampir sampai di Aqabah, namun berpatah balik apabila mengetahui berita kemalangan tersebut.

 

Semua mangsa yang terlibat dibawa ke Hospital Malikah Rania Petra. Ketika sampai di Emergency Department, Arwah Sumaiyah masih hidup dan sempat mengucap syahadah sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir beberapa minit setelah sampai di hospital. Innalillahi wainna ilahi rajiun…

 

Jenazah dalam keadaan yang baik dan sangat tenang, alhamdulillah. Jenazah diuruskan oleh pihak Education Malaysia Jordan, Prof Azidan untuk dihantar pulang ke Malaysia.

 

Dalam pada itu, Ukht Ili Dayana mengalami patah tulang bahu, tulang rusuk dan tulang pinggang. Ukht tersebut dalam keadaan stabil dan sudah sedar. Doktor Nidhal (doktor yang bertanggungjawab) mengatakan bahawa tulangnya akan pulih dan bercantum semula secara semulajadi dalam masa 3 hingga 4 minggu dengan pergerakan yang paling minimum.

Ukht Ili Dayana dipindahkan ke Hospital Amman untuk rawatan lanjut dan konsultasi.

 

Pemandu cedera parah (retak di kepala – linear skull fracture, patah tulang bahu dan patah tulang rusuk – multiple rib factures). Beliau masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana keadaannya agak kritikal. Nazirul yang patah tulang kaki dan tangan sudah sedar boleh bercakap, namun memerlukan surgeri di tangan dan kakinya di Hospital Amman, manakala Humairak isteri Nazirul keguguran bayi yang dikandungnya.

 

Butiran dua pelajar Malaysia dari UK yang kemalangan:

1. Sumaiyah binti Romli (meninggal dunia)
University College London
Tahun 1
Tajaan: Jabatan Perkhidmatan Awam
Pengkhususan: Astronomi Fizik.
Asal: Kedah

 

2. Nur Ili Dayana binti Mazlan@Masgelan (cedera)
London School Of Economy
Tahun 4
Pengkhususan: Sains Aktuari
Tajaan: Bank Negara
Asal: Perak

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah (janjinya).”

 

 

 

(Al-Ahzab 33: 23)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia