Berasa seperti di zon perang – Dr Afandi

Beliau yang ditahan tentera Israel di Penjara Givon, ditemui pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.

Menurut beliau, kapal berkenaan dikepung 12 bot tentera laut Israel termasuk tiga kapal perang biarpun hanya membawa bekalan ubat, sedangkan semua benda yang boleh mengancam keselamatan tentera Israel sudah dicampak ke laut.

“Malah garpu juga saya campak ke laut kerana tidak mahu tentera Israel berasa terancam. Namun kapal kami tetap dikepung dengan tentera bersenjatakan mesingan dan diarahkan belayar ke perairan Israel,” katanya.

Timbalan Dekan Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berusia 47 tahun yang menetap di Terengganu itu selamat tiba di tanah air selepas dibebaskan oleh tentera negara berkenaan pada Isnin.

Mohd Afandi dibebaskan selepas ditahan di penjara Israel selama kira-kira 36 jam. Beliau tiba di KLIA pada 7.40 malam tadi dengan pesawat Thai Airways dari Bangkok. Sebelum itu, Mohd Afandi menaiki pesawat Israel Airlines El Al dari Tel Aviv ke Bangkok.

Jelasnya, beliau dibebaskan tentera Israel selepas dipaksa menandatangani surat perakuan bahawa dia menceroboh perairan Israel.

“Saya meminta untuk menandatangani surat akuan itu di hadapan peguam saya. Ia bukan bermakna saya mengakui kesalahan itu tetapi saya perlu keluar dan pulang ke tanah air kerana risaukan kesihatan ibu di Terengganu,” katanya.

Mohd Afandi berkata, pihak berkuasa Israel membelikan tiket penerbangan ke Malaysia dan ketika transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok, beliau meminta pertolongan seorang pelancong rakyat Malaysia bernama Daniel Tan untuk menghantar Whatsapp kepada isterinya bahawa dia akan pulang hari ini.

“Kesemua wang tunai sebanyak 496 Euro dan telefon bimbit dirampas tentera Israel. Saya pulang dengan tidak membawa apa-apa,” kata beliau yang berlepas dari KLIA pada 15 Julai lalu untuk menyertai misi kapal flotila Al-Awda yang membawa 116 kotak ubat-ubatan ke Gaza.

Misi tersebut dikenali sebagai solidariti flotila “Right to A Just Future for Palestine”. Kapal flotila Al-Awda yang berlayar menggunakan bendera Norway membawa 22 aktivis dari 16 negara termasuk penyokong hak asasi manusia, wartawan dan kru turut membawa kargo ubat-ubatan bernilai Euro 13,000 (RM61,554) bagi diserahkan kepada penduduk Gaza melalui program #Gauze4Gaza.

Bagaimanapun kapal berkenaan ditawan tentera Israel pada 29 Julai, iaitu hari kesembilan pelayaran dan kesemua sukarelawan ditahan dalam Penjara Givon di Israel.

Sumber: MyCARE & Bernama

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia