BDS Movement yang memasuki tahun ke-10 penubuhannya tahun ini, beliau menyatakan harapannya untuk tidak menunggu 10 tahun lagi untuk melihat BDS mencapai matlamatnya, semasa Persidangan Antarabangsa BDS For Justice di Universiti Malaya (UM) pada Sabtu 12 September lalu.
Persidangan anjuran Fakulti Perniagaan dan Perakaunan UM dengan kerjasama Viva Palestina Malaysia (VPM) dan Aqsa Syarif (agensi kemanusiaan Palestin di bawah Humanitarian Care Malaysia – MyCARE) merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia menampilkan tiga aktivis BDS antarabangsa iaitu Ali Hasan Abunimah, Anna Baltzer dan Samah Sabawi.
Pembentangan Ali Hasan Abunimah, Anna Baltzer dan Samah Sabawi
Turut hadir dalam persidangan adalah mantan Dekan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan UM Prof Dr Mohd Nazari Ismail, Pengerusi MyCARE Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dan Pengerusi VPM Dato’ Dr Musa Mohd Nordin. Selain memperkenal dan membentangkan visi, misi dan objektif BDS, para aktivis ini juga berkongsi tips, strategi, taktik, pengalaman, cabaran dan halangan mereka di lapangan dalam dua sidang planat, satu simposium dan lima bengkel.
Sebagai wanita berbangsa Yahudi, Anna Baltzer menegaskan bahawa agenda Zionis dan Israel tiada kena mengena dengan agama dan bangsa Yahudi. Anna yang pernah tinggal di Tebing Barat lebih sembilan bulan dan melihat sendiri penderitaan rakyat Palestin, sangat menyokong agenda BDS dan melihat ia sebagai taktik terbaik melawan Israel serta menolak tuduhan bahawa BDS adalah rasis (anti-semitik), “BDS is not a dogma. It is a tactic!”
Para peserta dalam persidangan, simposium dan pembentangan bengkel
Seorang lagi aktivis, Samah Sabawi menekankan kepentingan untuk aktivis BDS bergerak secara bijak (SMART). Kempen BDS perlu dilaksanakan secara berstrategi (Strategic), mempunyai sasaran yang boleh diukur kadar kejayaannya (Measureable), mempunyai sasaran yang realistik (Attainable), bertepatan dengan keadaan/budaya setempat (Relevant) dan mempunyai satu tempoh masa yang jelas (Time-specific). Dengan cara ini, BDS akan mampu mengubah sikap endah tak endah kepada penglibatan massa yang aktif.
Persidangan ini juga memberi peluang kepada para peserta untuk menyumbang idea dan kritikan membina melalui lima slot bengkel. Idea-idea ini telah disusun, dibentang dan dinilai oleh panelis jemputan. Hasilnya akan dijadikan kerangka ke arah pelaksanaan BDS yang lebih berkesan di Malaysia.
Sudah tiba masanya kita tidak hanya berpuas hati sekadar menghantar bantuan ke Palestin. Kita perlu bergerak aktif mempertahan dan membela nasib rakyat Palestin melalui BDS. Tiada makna menghantar bantuan ke Palestin jika dalam tidak sedar kita juga turut menyumbang kepada kezaliman yang berlaku di sana. Sudah tiba masanya kita menukar taktik daripada bertahan kepada menyerang!
Sumber:
Foto Persidangan: http://on.fb.me/1LgeB3e
Laman rasmi BDS: http://www.bdsmovement.net/
Berita Bernama: http://bit.ly/1QHv6FH