Sukarelawan banjir jumpa barang kemas lebih RM20,000!

Bencana banjir yang melanda hampir seluruh negara dan agak teruk juga ialah yang melanda negeri Selangor khususnya di kawasan Hulu Langat.

 

Sebagaimana pengalaman yang diceritakan Yang Dipertua IKRAM Hulu Langat, Ustaz Fathi Zainuddin yang bersama-sama misi membantu mangsa banjir Hulu Langat kepada IKRAMedia.

 

“Keadaan becak, selut, lumpur, bau-bau busuk disebabkan bangkai-bangkai binatang yang terdampar,” ujarnya ketika awal-awal menyertai aktiviti membersihkan rumah mangsa.

 

Menurutnya, beliau bersama sukarelawan lain membersihkan rumah mangsa banjir di hari pertama di Desa Raya, rumah seorang makcik yang tidak berapa sihat dan berada di hospital.

 

“Bila kita kemas dan bersihkan tu, kami terjumpa barang kemas, yang nilainya dianggarkan lebih RM20,000. Jadi kami serahkan kepada jiran makcik tu yang memegang kunci pintu rumah tersebut.”

 

Tidak kira darjat atau pangkat

 

Apa yang menariknya lagi, yang datang bantu bersihkan rumah tersebut ialah orang yang terhormat, sebagai contoh, Prof. Madya Dr Roohaida Othman dengan anak-anaknya. 

 

Tentunya, ada mangsa banjir yang tidak mengenali mereka.

 

“Waktu tu Dr Rohaida offer bagi bantuan Toto tetapi mangsa tersebut tidak mahu. Namun, Dr Rohaida berikan lagi duit (sumbangan orang ramai) kepada anak-anak mangsa.”

 

Menurut Ustaz Fathi, sukarelawan yang mereka ada tidak kira pangkat atau darjat, seperti Dr Roohaida yang bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

 

“Begitu juga Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Dato’ Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan yang turut membantu membersihkan rumah mangsa banjir di Hulu Langat ini.”

 

Jelasnya lagi, orang yang berkedudukan tinggi turut membantu membersihkan rumah-rumah mangsa.

 

“Kita tidak mengira siapa pun untuk membantu, kami persilakan siapa saja.”

 

Tentunya dua susuk ini boleh menjadi contoh teladan kepada golongan muda untuk turut turun sama membantu kawasan banjir ketika ini, sebagaimana kata Dr Hassan Basri:

“Saya nak bagi inspirasi juga kepada anak-anak muda, generasi kita.”

 

Tambahnya lagi, ini adalah peluang dan medan amal untuk semua. Beliau turut menggesa agar lebih ramai sukarelawan termasuk anak-anak muda turun lapangan membantu mangsa-mangsa banjir.

 

IKRAMedia turut bersama dalam kunjungan Command Centre IKRAM (CCI) ke Pusat Operasi Banjir IKRAM Hulu Langat pada 28 Disember 2021 lalu.

 

 Hanya tinggal tangga

 

“Asalnya ini adalah rumah kampung yang besar, tetapi telah dihanyutkan banjir dan yang tinggal hanya tangga,” demikian kata Ketua Pusat Operasi Banjir IKRAM Hulu Langat, Ustaz Abdul Haris Bain.

 

Rumah arwah Haji Mahfudz yang didirikan pada 13 Mei 1969, terletak di Sungai Lui, inilah yang baru-baru ini tular di media sosial.

 

“Ketika kejadian, Puan Rohana iaitu anaknya tinggal sendirian di rumah tersebut, kini tinggal sehelai sepinggang. Tudung pun tiada,” ujar Ustaz Haris ketika menceritakan semula kepada IKRAMedia.

 

Dalam pada itu, Ustaz Haris ketika menyatakan, Puan Rohana itu cukup tabah menghadapi ujian ini. 

 

“Inilah hakikat kehidupan, segala yang kita miliki boleh saja tiba-tiba hilang. Yang penting kita terus bertakwa kepada Allah SWT sepanjang masa,” beliau turut menyampaikan tazkirahnya.

 

Kesan emosi

 

“Sebahagian penduduk di sini telah biasa mendepani banjir. Seperti selalunya, setakat air di paras lutut atau paha, tidaklah menjadi isu sangat bagi mereka,” kata Ustaz Fathi.

 

Namun kali ini, banjir lebih tinggi sampai ke paras bumbung dan melepasi paras lantai tingkat pertama rumah dua tingkat. 

 

“Sungguh ia sesuatu yang tidak disangka sebab banjir kali ini sangat teruk. Kalau dikatakan banjir 2012 lalu paling besar, tapi yang kali ini paling teruk.”

 

Beliau berkata, kesan emosi itu tetap ada dan tidak dapat dinafikan.

 

“Kita dapat lihat daripada rungutan seperti ada yang kata, lepas ni nak pindah, tak nak duduk di sini lagi. Mereka yang berniaga kata, tak nak berniaga lagi.”

 

Dapat dirasakan kesan emosi yang dialami mangsa-mangsa banjir ini dan bagi yang tiada pilihan, mereka terpaksa menghadapinya.

 

Ketika wawancara itu, beliau menyatakan akan berusaha sedaya upaya untuk membantu sekadar yang mampu dari segi tenaga, aset yang ada, wang ringgit dan sumbangan orang ramai.

 

Dalam kesempatan itu, beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sukarelawan yang membantu termasuk ahli-ahli IKRAM serta institusi-institusinya iaitu MyCARE, Yayasan IKRAM Malaysia, Belia Harmoni, IKRAM Health, Hidayah Centre Foundation dan tidak terkecuali badan-badan lain seperti GEMA dan Persatuan Pelajar Palestin, Mesir dan Yaman.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia