Bantuan perubatan, psikososial dalam misi bersama ke Lubnan

Misi Lubnan 2016 selama seminggu ini bertujuan untuk menyampaikan bantuan perubatan, membuat pemeriksaan dan rawatan gigi, memberikan bantuan anak yatim, psikososial dan makanan kepada para pelarian Syria di sana. 

Misi diketuai oleh Prof Dr Mohamed Ikram Mohamed Salleh (IMARET) dengan enam lagi anggota misi iaitu Pn Roha Hassan (MyCARE), Dr Zamil Najwah Arbain, Dr Zulkifli dan Dr Noorjihan (IKRAM Health) serta Dr Munawwar Helmi dan Dr Azlin (IMARET).

Konflik di Syria telah masuk tahun keenam di mana perang yang berlarutan telah mencetuskan krisis pelarian terbesar di dunia dengan lebih 50% rakyat Syria hari ini hidup sebagai pelarian.

Lubnan mempunyai populasi pelarian Syria yang kedua terbesar selepas Turki iaitu sebanyak 1.1 juta orang yang mana seorang daripada empat orang di Lubnan hari ini adalah pelarian Syria.

Ini menyebabkan lambakan pelarian Syria ini telah menyebabkan kem-kem pelarian mengalami kekurangan sumber pada tahap yang kritikal dengan seorang daripada empat orang anak-anak pelarian Syria mengalami malnutrisi ataupun anaemia.

Pesakit yang mengalami masalah kronik tidak mendapat rawatan yang sepatutnya sementara wanita mengandung dan menyusu berdepan dengan pelbagai komplikasi kesihatan sama ada mental mahu pun fizikal.

Justeru, tiga NGO ini telah bersetuju untuk menghantar satu misi khas ke Lubnan untuk menyantuni para pelarian Syria dengan sasaran bantuan bernilai RM200,000.

Sumbangan untuk bantuan perubatan ini amat diperlukan untuk menjayakan misi ini. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Islamic Berhad 5515 7500 4299 atas nama Humanitarian Care Malaysia Berhad.

Sila e-melkan slip sumbangan anda ke account@mycare.org.my untuk mendapatkan resit.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

1. Ahmad Fansuri (IMARET): 012-5235315
2. Roha Hassan (MyCARE): 012-4317948
3. Dr Abdul Halim (IKRAMHealth): 012-9735830
4. Pejabat MyCARE: 03-89412341

Sumber: http://bit.ly/1SLsBHw

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia