Bantuan Persekolahan: Lebih 1,300 Dapat Manfaat

Bantuan Persekolahan: Lebih 1,300 Dapat Manfaat | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Bantuan barangan persekolahan melalui kempen Back2School anjuran Yayasan Ikram Malaysia telah memanfaatkan lebih 1,322 orang pelajar di seluruh negara pada tahun 2022.

“Rata-rata ibu bapa penerima menanggung beban kewangan tinggi untuk menyara pendidikan sekolah anak-anak yang mana kebanyakannya terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah, anak-anak yatim dan ibu tunggal,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Ikram Malaysia, Hj Kamsani Nasir.

Kempen Back2School yang dijalankan oleh Yayasan Ikram Malaysia adalah untuk meringankan beban golongan kurang berkemampuan seperti mereka. 

Menurutnya, kempen Back2School merupakan program yang telah dijalankan selama beberapa tahun secara konsisten termasuk ketika pandemik Covid-19.

“Ramai keluarga telah mendapat manfaat daripada projek ini. Mereka menzahirkan kesyukuran dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua pihak yang  menjayakan kempen B2S ini.”

“Sedikit sebanyak, ia memberikan kelegaan dan mengurangkan beban dalam menyediakan persiapan sekolah anak-anak,” ujarnya.

Tambah Kamsani, pelbagai pihak telah bergabung tenaga untuk menjayakan kempen ini termasuk jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pasar raya terkemuka, masjid, surau dan persatuan penduduk.   

Antara bentuk bantuan adalah pemberian baucar yang mana penerima boleh menebusnya di pasar raya berdekatan kawasan perumahan mereka. Sebahagian penerima dibawa ke kedai barangan sekolah untuk dibelikan keperluan persekolahan dan juga keperluan harian.

“Bantuan yang berupa wang saku dan kelengkapan pelitup muka juga antara yang diberikan. Menariknya, perkhidmatan gunting rambut percuma juga pernah ditawarkan di Taman Seri Medan, Sijangkang, Selangor,” jelas beliau.

Oleh itu, Kamsani mengajak penyumbang budiman untuk membantu pelajar yang memerlukan pada sesi persekolahan kali ini melalui Tabung Kempen Back2School. 

Sumbangan untuk Kempen Back2School boleh disalurkan melalui pautan http://billplz.com/pendidikan atau akaun Yayasan Ikram Malaysia (Maybank 562142404402) dengan rujukan ‘Pendidikan’.

Semoga bantuan ini dapat berikan sokongan kepada keluarga kurang berkemampuan atau masyarakat terpinggir untuk memperoleh peluang menikmati alam persekolahan seperti kanak-kanak lain. 

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia