Banjir: Misi Bantuan i-Bantu IKRAM datang dari segenap penjuru

Difahamkan barang bantuan telah dikumpulkan di institusi atau pejabat IKRAM Negeri dan Daerah masing-masing pada hari bekerja dan barang tersebut dihantar hari ini bersama-sama sukarelawan.

Barang bantuan i-Bantu IKRAM Ampang Jaya, IKRAM Gombak dan IKRAM Health (Bangi)


Pasukan i-Bantu dan barang bantuan IKRAM Johor



Barang bantuan i-Bantu IKRAM Putrajaya, IKRAM Shah Alam dan IKRAM Sepang


Selain IKRAM Health yang menghantar doktor dan bantuan perubatan, turut terlibat menghantar sukarelawan dan barang bantuan ialah pasukan i-Bantu IKRAM Johor, IKRAM Putrajaya dan IKRAM Selangor yang merangkumi IKRAM Daerah Hulu Selangor, Gombak, Ampang Jaya, Sepang, Petaling Jaya dan Shah Alam.

Beberapa buah kenderaan seperti lori, kenderaan pacuan empat roda sudah bergerak dan ada yang telah sampai ke sana. Pada keesokan juga ada beberapa buah lori lagi akan menghantar bantuan.

Lebih istimewa, dengan kerjasama i-Bantu IKRAM Hulu Selangor, sebuah helikopter dari Hulu Selangor bersama 10 orang doktor akan diterbangkan ke Pantai Timur.

Doakan barang bantuan selamat sampai dan para sukarelawan i-Bantu IKRAM Negeri dan Daerah dapat menjalankan tugas memberikan bantuan dengan lancar dan jayanya, insya-Allah.

Maklumat lanjut, boleh layari FB institusi khidmat masyarakat IKRAM, i-Bantu di alamat berikut: https://www.facebook.com/pages/Khidmat-Masyarakat-IKRAM-i-Bantu/608796332500301

Foto utama: Pasukan i-Bantu IKRAM Shah Alam

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia