Banjir: i-Bantu sedia membantu

Presiden IKRAM, Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad telah menzahirkan keprihatinan dengan fenomena ini dengan melancarkan Tabung Persediaan Banjir anjuran Yayasan Ikram Malaysia semasa persidangan Dewan Perwakilan Nasional (DPN) semalam.

Turut menyaksikan pelancaran tersebut, Pengerusi Yayasan Ikram Malaysia, Prof Madya Hj Ainullotfi Abdul Latif.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Ikram Malaysia, Hj Kamsani Nasir, banjir sudah menjadi fenomena yang lumrah terjadi di Malaysia saban tahun.

“Tanpa pembaikpulihan yang efektif bagi mengelakkan fenomena ini, saya membayangkan usaha jangka pendek dan jangka panjang perlu dibuat oleh pihak terbabit melibatkan agensi kerajaan pusat dan negeri seperti perparitan yang lebih baik dan pendalaman sungai.”

“Usaha ini tidak mudah tetapi perlu berterusan agar kadar kemusnahan dan bilangan mangsa banjir dapat dikurangkan,” jelasnya.

Katanya, Yayasan Ikram Malaysia melalui pasukan khidmat masyarakatnya, i-Bantu telah berpengalaman lebih 10 tahun memberi sokongan dan membantu mangsa banjir dengan kerjasama agensi kerajaan dan NGO-NGO lain.

“Setiap kali berlaku bencana besar, kita lihat semangat kesukarelawanan dan tolong-menolong dalam kalangan rakyat Malaysia umumnya sangat tinggi dan inilah antaranya faktor yang menyatukan kita,” tambahnya.

Ditanya tentang persediaan, katanya lagi, yayasan itu sentiasa bersiap siaga setiap kali musim tengkujuh hampir tiba.

“Jika keadaan semakin teruk, kita akan buka bilik gerakan operasi untuk kita selaraskan saluran bantuan di kawasan yang terkesan dengan banjir,” ujarnya.

Jelasnya lagi, antara tugas bilik gerakan operasi ialah mengenal pasti bentuk bantuan, membekalkan bantuan, memastikan bantuan yang disalurkan sampai kepada mangsa dan menggembleng tenaga aktivis bantuan di seluruh negara untuk menyantuni mangsa mengikut keperluan setempat.

“Mengikut pengalaman kami, kadangkala bantuan selepas banjir sangat diperlukan seperti pembersihan lumpur banjir di bangunan awam dan rumah mangsa serta membaiki dan membina yang terjejas atau musnah.

“Setakat ini, kita terlibat aktif membantu dalam aspek pembersihan pascabanjir dan berjaya membina beberapa buah rumah baru untuk mangsa banjir di Kelantan.”

Tentang kutipan sumbangan, menurut Kamsani, jumlah kutipan setakat ini sangat menggalakkan sejak tabung untuk projek Prihatin Bencana dibuka sejak awal bulan lalu.

“Sumbangan orang ramai akan disalurkan dalam bentuk bantuan keperluan asas mangsa, keperluan semasa mangsa dan bantuan kemanusiaan.”

Untuk sumbangan atas talian, layari https://www.i-bantu.org.my/reg/ dan (pilih > Prihatin BENCANA) atau melakukan pemindahan terus ke akaun Yayasan Ikram Malaysia (Maybank 562142404402).

Sila maklumkan pembayaran melalui 011-60501137 atau e-mel ibantu4ikram@gmail.com. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungan pejabat di talian 03-41012080.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia