Banjir di Kuantan: Catatan sukarelawan i-Bantu

Tidak hairan ada yang terpaksa berjalan kaki berkilometer jauhnya demi mendapatkan sedikit bekalan. Sukarelawan sangat-sangat kita perlukan untuk menghantar bekalan kepada mangsa dari rumah ke rumah.

Kebanyakan rumah yang dinaiki air mengalami kerosakan teruk. Air bukan setakat menenggelamkan rumah, bahkan menyebabkan perabut tunggang langgang. Peti sejuk yang begitu berat pun tumbang ditolak arus. Jadi, walaupun penghuni sudah boleh pulang ke rumah, rumah mereka sudah bukan lagi tempat perlindungan yang baik. Barang mentah yang basah memang tidak disimpan.

Bukannya mudah membeli semula peti sejuk dan alat elektrik yang mahal dengan tragedi yang menimpa mereka. Pada hari ketiga, banyak pusat pemindahan yang menghubungi kami kerana kehabisan bekalan barang memasak seperti telur, bawang, minyak masak dan cili.

Semasa saya mengunjungi sebuah pusat pemindahan di awal pagi yg dingin, hati saya begitu tersentuh melihat beberapa orang kanak-kanak tidur bergelimpangan di atas tikar getah tanpa pakaian, selimut dan bantal. Seorang kawan bercerita, walaupun sudah masuk hari ketiga, beliau bertemu dengan seorang ibu beranak kecil berusia empat bulan dengan pakaian yang serba kekurangan dan kesejukan. Petang semalam datang seorg nenek sekitar lingkungan 70-an berteman suaminya.

Katanya sudah dua malam dia tidur tanpa selimut dan tikar walaupun pusat pemindahan yang didiami oleh mak cik ini boleh dikatakan bnyk sumbangan yang sampai. Hati kami begitu sedih kerana tidak menemuinya lebih awal. Kebetulan bekalan selimut dan tikar di pusat kami dan kedai sekitarnya telah habis. Mujur suaminya ada nombor telefon untuk kami hubungi semula dan menghantar terus kepadanya.

Kala ini, pergaduhan disebabkan berbeza fahaman politik menjadi topik utama di beberapa pusat pemindahan apabila bekalan bantuan dikawal oleh kumpulan tertentu, mungkin mahu menunjukkan kuasa. Perasaan ‘AKUISME’ menjadi fahaman yang dianuti secara tidak sengaja hingga meninggalkan makcik tua dan anak kecil kelaparan dan kesejukan, kerana mereka tidak cekap dalam perebutan.

Banjir ini begitu besar terutama buat penduduk Kuantan dan Kemaman. Namun hikmahnya mungkin jauh mendahului cubaan yang menimpa. Di sini, kami bertemu dengan ramai sukarelawan tempatan tanpa logo dan lencana, tidak mengira warna kulit dan bahasa, kanak-kanak mahupun dewasa, datang membantu semata-mata atas dasar belas dan kasihan.

Ada yang meninggalkan sementara pencarian rezeki mereka untk ke sini dan ke sana mencari orang yang benar-benar memerlukan. Ada yang meninggalkn makan dan minum tengah hari mereka buat sementara untuk melayani mangsa yg meminta. Ada yang basah kuyup meredah hujan demi menghantar bekalan ke rumah dengan dapur yang bukan sahaja tidak berasap, bahkan mungkin sudah tiada.

Ayuh kita hulurkan lagi bantuan. Mungkin bantuan anda boleh meredakan tangis anak kecil yang kelaparan susu, mengurangkan sejuk nenek tua yang tidur di atas lantai, meredakan gundah seorg ibu yang resah tanpa makanan buat keluarganya, melegakan resah seorg ayah yang tidak dpt keluar mencari rezeki tanpa kenderaan.

Ayuh kita hulurkan bantuan. Salurkan bantuan anda dalam bentuk kewangan, tenaga dan sukarelawan, pakaian, lampin pakai buang, tuala wanita, tikar, toto, selimut, peralatan mencuci dan makanan seperti minyak masak, beras, bawang, garam, telur roti dan lain-lain ke mana-mana pusat bantuan banjir.

IKRAM Pahang telah membuka dua Pusat Bantuan Banjir:
1. SRI Al Amin Paya Besar – terletak di belakang Pasaraya Terus Maju (Hubungi Abang Irfan 019-9903390)
2. Pejabat IKRAM Pahang (Hubungi Pak Ngah Suhaimi 019-7550796)

Sumbangan juga boleh diberi kepada Pertubuhan IKRAM Malaysia (Maybank) nombor akaun 556011018605 dan sila mesej kepada Bendahari Nur Hafizah di talian 013-3920706 selepas membuat pemindahan.

Sumbangan tuan dan puan masih diperlukan terutama di Pusat Bantuan Banjir SRI Al Amin Paya Besar memandangkan kawasan tersebut dan sekitarnya merupakan tempat yang paling teruk terjejas di Kuantan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia