Banjir Baling: Bantuan Segera Disalurkan Kepada Mangsa 

Banjir Baling: Bantuan Segera Disalurkan Kepada Mangsa | IKRAM

BALING – Tragedi banjir kilat yang berlaku rentetan daripada hujan lebat hampir tiga jam pada petang Isnin di daerah Baling menyebabkan paras air Sungai Kupang melimpah memasuki penempatan penduduk yang berdekatan.

Seterusnya, air sungai yang mengalir deras turut membawa batang pokok dan sampah sarap sehingga memenuhi jalan dan kediaman penduduk.

Berikutan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff untuk segera menyelaras bantuan Musa’adah jabatan itu kepada mangsa banjir di Baling, Kedah.

Beliau yang mengikuti laporan media mengenai kejadian yang melanda beberapa kawasan di daerah Baling, Kedah itu menzahirkan rasa dukacita dan simpatinya terhadap para penduduk yang terlibat dengan ujian tersebut.

Melalui kenyataannya itu, Idris turut mendoakan semua pihak yang terkesan dengan bencana alam itu agar tabah menerima ujian ini selain menyeru seluruh masyarakat termasuk para jemaah haji di Makkah bersama-sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan buat negara ini.

Menurutnya, selain Jakim, agensi-agensi hal ehwal Islam di bawah seliaannya juga turut diarah turun ke lapangan bagi membantu pihak berkuasa negeri itu.

Dalam pada itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut memaklumkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah telah dikerah bagi membantu mangsa banjir kilat di daerah Baling, Kedah susulan hujan lebat di kawasan berkenaan selama kira-kira satu jam petang semalam.

“Bantuan lori dan bot penyelamat dari JBPM Perak juga telah digerakkan ke lokasi kejadian dan operasi menyelamat masih lagi berjalan sehingga kini.”

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba I, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kesemua mangsa terlibat dipindahkan selepas bomba menerima panggilan tentang kejadian banjir melibatkan beberapa kampung di Baling kira-kira jam 5.31 petang.

Dalam perkembangan berkaitan, pasukan penyelamat termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan bomba menumpukan usaha pemindahan dan mengesan mangsa terperangkap dalam banjir melibatkan lebih 11 kampung di Baling, pada Isnin.

“Sekurang-kurangnya 11 kampung berhampiran Sungai Kupang terjejas akibat banjir yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang itu,” kata Mohamadul Ehsan.

Katanya, antara kampung terlibat ialah Kampung Bendang Padang, Kampung Iboi, Kampung Padang Ampang, Kampung Tok Saba, Kampung Hangus, Kampung Pisang, Kampung Sadik, Kampung Kitang, Kampung Tanjung, Kampung Lata Celak dan Kampung Badak Ampang.

“Sehingga kini, bomba telah memindahkan 55 mangsa yang terperangkap ke tempat selamat dan operasi pemindahan masih dijalankan sehingga kini,” ujarnya

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Baling merangkap Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Kapten (PA) Rasidah Kassim berkata, tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan Iboi, PPS Sheik Sheh dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai.

Jelasnya, usaha kini tertumpu kepada pemindahan mangsa ke tempat selamat dan mengesan mangsa yang terperangkap untuk diberi bantuan segera.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga mangsa hilang dihanyutkan arus dalam kejadian kepala air dan banjir yang melanda Kampung Iboi, Baling, petang semalam diteruskan pada jam 7 pagi ini,” dengan menambah, skop pencarian pagi ini akan diperluaskan selain penglibatan beberapa tambahan agensi yang berkaitan.

Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat berkata, setakat jam 3 pagi tadi, polis masih belum menemui sebarang petunjuk berhubung kehilangan mangsa yang berumur antara 14 dan 53 tahun itu.

“Setakat ini, kita masih menggerakkan usaha SAR, di mana kita telah menerima satu laporan polis yang dibuat satu ahli keluarga melibatkan kehilangan tiga ahli keluarganya yang kita kategorikan sebagai orang hilang, iaitu melibatkan dua perempuan Melayu dan satu kanak-kanak Melayu berusia 14 tahun,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, dua mangsa yang berusia lingkungan 40-an hingga 50-an juga disahkan mengalami kecederaan ringan susulan kejadian banjir dan mereka kini dirawat di Hospital Baling dan berada dalam keadaan stabil.

“Setakat jam 2 pagi ini, kita telah memindahkan seramai 334 orang (penduduk kampung) ke PPS manakala pelajar-pelajar di (Sekolah Menengah Agama) Yayasan Al-Khairiah seramai 1,008 masih berada di sekolah itu dalam keadaan baik.

“(Ini) kerana air telah surut (sedikit) dan hanya (tinggal) kesan-kesan kotor lumpur dan sebagainya,” kata Shamsudin.

Terkini pihak bomba melaporkan, mayat dua mangsa banjir di Baling, Salmah Mat Akib, 53, dan Nurul Anis Abu Hassan, 23, yang dilaporkan hilang semalam, ditemui pada jam 9.30 pagi tadi, manakala mayat Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, mangsa ketiga ditemui 11.55 pagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Yayasan IKRAM Malaysia turut mengaktifkan tabung #CaknaBanjir bagi membantu mangsa banjir di Baling,

Sumbangan boleh disalurkan sumbangan anda melalui: 

www.billplz.com/caknabanjir

atau

Yayasan Ikram Malaysia
Maybank
5621 4240 4402
Rujukan: Caknabanjir

Foto: Bernama

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia