Bajet Mini 2023 Lulus, Rakyat Respons Positif

Bajet Mini 2023 Lulus, Rakyat Respons Positif | IKRAM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim membentangkan peruntukan khas untuk perbelanjaan perkhidmatan berjumlah RM107,718,676,650 pada sesi kedua, Mesyuarat Penggal Pertama Dewan Rakyat, semalam.

Buat julung kalinya, selepas tiada perbahasan bagi kedua-dua usul yang dibentangkan Perdana Menteri, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022.

“Bajet Mini berkenaan merangkumi pembayaran gaji penjawat awam, utiliti dan biasiswa,” kata Anwar.

Turut terkandung dalam bajet itu adalah bantuan kebajikan serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan.

“Peruntukan Khas ini akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari depan hingga Bajet 2023 dibentang dan dilulus di Parlimen.”

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, menerusi Seksyen 4 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1996 mencadangkan dana bernilai RM55,959,213,200 dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2023 untuk perbelanjaan segera.

Terdahulu, Anwar membentangkan RUU berkenaan bagi mendapatkan kebenaran sementara Parlimen supaya Kerajaan boleh berbelanja sebahagian anggaran perbelanjaan bagi tempoh beberapa bulan sehingga Rang Undang-undang Perbekalan 2023 dibentang semula dan diluluskan kelak.

“Bagi tujuan ini, maka Kerajaan mencadangkan RUU ini supaya dibenarkan pengeluaran daripada Kumpulan Wang Disatukan, yang tidak melebihi RM107,718,676,650 yang dianggarkan mustahak, bagi perkhidmatan kerajaan untuk tempoh enam bulan yang pertama tahun 2023.”

RUU itu antaranya merangkumi bayaran gaji kepada penjawat awam, utiliti, biasiswa, bantuan kebajikan serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan, selain projek pembangunan, pembaikan dan penyelenggaraan.

“Namun, mengambil kira keterbatasan anggaran perbelanjaan sementara ini yang terhad kepada dasar dan komitmen sedia ada kerajaan bagi enam bulan pertama 2023 terlebih dahulu.

Menurut Anwar, apa yang baik akan diteruskan terutamanya inisiatif sedia ada yang memberikan manfaat dan faedah kepada rakyat.

“Selanjutnya, perbelanjaan lain akan dikaji semula dalam penyediaan pembentangan semula Bajet 2023,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan usul Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Wang Masuk) 2022 di Dewan Rakyat hari ini.

Terima Kasih PM

Dalam perkembangan berkaitan, menerusi laman Facebook, mantan Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan terima kasihnya kepada Perdana Menteri.

“Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana meneruskan inisiatif-inisiatif Kerajaan Keluarga Malaysia dalam Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang diluluskan Dewan Rakyat.”

Ia turut mengambil kira semua aspek khususnya untuk membela golongan B40 dan sebagai persediaan bagi menghadapi ketidaktentuan ekonomi yang diramalkan berlaku pada tahun depan.

“Antara inisiatif-inisiatif Bajet 2023 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri ialah Bantuan Awal Persekolahan, Bantuan Keluarga Malaysia, Bantuan Musim Tengkujuh, Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas 2023 dan Bantuan Khas Kewangan untuk kakitangan awam serta menyediakan 50,000 peluang pekerjaan.”

Ismail Sabri berkata, kerajaan terdahulu juga berusaha sedaya upaya memastikan kos sara hidup rakyat tidak melambung tinggi.

“Keputusan Kerajaan Keluarga Malaysia pada Jun lalu untuk tidak menaikkan tarif elektrik di Semenanjung dengan menanggung kos sebanyak RM5.8 bilion, dan memberikan subsidi sebanyak RM1.2 bilion kepada penternak untuk tidak menaikkan harga ayam serta telur adalah antara usaha bagi meringankan beban rakyat.”

Bekas PM itu sangat berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana meneruskan aspirasi Keluarga Malaysia dan berharap nasib rakyat akan terus terbela.

Terdahulu, inisiatif-inisiatif yang diluluskan itu merupakan sebahagian daripada aspirasi Bajet Kerajaan Keluarga Malaysia dibentangkan pada 7 Oktober 2022 lalu, Bajet 2023 berjumlah RM372.3 bilion dibentang Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum Parlimen dibubarkan, yang memberi fokus kepada kesejahteraan rakyat dan kemakmuran ekonomi negara.

Komentar Rakyat

Melihat kepada reaksi rakyat melalui medium media sosial terhadap Bajet Mini 2023 ini, majoritinya bersyukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri.

“Begitulah perpaduan yang baik untuk rakyat diteruskan dan ditambahbaikkan,” kata Mohd Fadil Isahak.

Ishmael Abadie pula berkata, “Syukur alhamdulillah. Terima kasih Dato’.”

“Semoga dipermudahkan segala urusan,” ucap Hayqal Hairi.

Dalam pada itu, Mohd Shariff Sarip memberikan pandangannya dengan berkata, apa yang Datuk Seri (mantan Perdana Menteri) buat itu baik untuk rakyat, sebab itulah Dato’ Seri Anwar Ibrahim sokong dan terima.

Kata Dol Jara, yang baik kita sokong, yang tidak baik kita tegur.

“Syabas. Saling menghargai dan berterima kasih. Moga terus harmoni dalam mencapai kata sepakat untuk kebaikan rakyat,” ujar AzreenMar.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia