Bahaya Dadah: IKRAM Lancar Kempen Didik Masyarakat

Bahaya Dadah: IKRAM Lancar Kempen Didik Masyarakat | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) melancarkan kempen ‘Putuskan Rantaian Dadah’ sempena Sambutan Hari Antidadah Antarabangsa pada 26 Jun ini.

Menurut Ketua Kumpulan Fokus Masyarakat Sejahtera, Sihat dan Selamat di bawah Kluster Masyarakat Progresif IKRAM, Prof. Dr Sahrim Hj Ahmad, pihaknya bekerjasama dengan pelbagai pihak dan NGO bagi mendidik masyarakat tentang bahaya dadah.

“Kita tampil ke hadapan khususnya dalam Kluster Masyarakat Progresif ini untuk melakukan beberapa advokasi dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk kerajaan, AADK, PEMADAM, pengasih dan beberapa NGO yang lain untuk yang mengadakan advokasi bagi memutuskan rantaian dadah ini,” kata beliau semasa pelancaran sambutan secara dalam talian.

Jelasnya, dadah adalah di antara musuh utama negara dan kebelakangan ini telah melibatkan khususnya pelajar-pelajar sekolah, belia, remaja dan tidak kurangnya daripada kalangan ahli masyarakat umumnya.

“Sasaran kita pada kempen kali ini adalah untuk memberi kesedaran terus kepada masyarakat mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dan kesannya pada kesihatan,” tambahnya semasa majlis pelancaran sambutan pada Rabu.

Katanya, ini kerana kita ingin membangunkan masyarakat sihat, selamat dan sejahtera dan untuk mendapatkan sokongan masyarakat daripada kempen antidadah ini.

Bersama Penghuni Penjara

Dalam pada itu, Dalam pada itu, Pengarah Program, Puan Faridah Maludin menceritakan pengalaman membantu program pemulihan penghuni penjara, katanya aktiviti tersebut sudah bermula sejak 2007.

“Pada awalnya setiap minggu kita ke penjara untuk bertemu dengan penghuni-penghuni di situ, kita buat program pemulihan, motivasi dan sebagainya,” kata Faridah.

Dari situ tambahnya, pihaknya dapat mengenali trend ataupun ‘pattern’ penghuni di situ dan boleh dikatakan 60 peratus daripadanya terlibat dengan dadah, malah ada juga yang berulang kali masuk penjara.

Katanya lagi, bimbang dengan keadaan itu, beliau berfikir bagaimana untuk menghentikan kitaran ini (penagihan dadah) dan bertemu dengan NGO yang lain yang bersama-sama buat program di penjara.

“Kita mula berfikir, kita ini hanyalah tangan-tangan yang menerima mereka ini (pemulihan), tapi apakah langkah-langkah pencegahan kita sebagai ahli masyarakat dan sebuah NGO?” soalnya.

Aktiviti Kempen

Beliau berkata, pelbagai aktiviti telah dan sedang diadakan sempena kempen ‘Putuskan Rantian Dadah’ ini bermula 14 Jun lalu dengan kerjasama pihak penjara.

Jelasnya, pihaknya turut membawa bekas penghuni dan juga bekas penagih sendiri untuk berkongsi kejayaan mereka meninggalkan penagihan dadah dalam satu bual bicara di Desa Rajang, Kuala Lumpur.

“Kita yang tidak terlibat ni mungkin hanya boleh berkongsi maklumat, tapi berkongsi pengalaman itu mungkin lebih bererti bagi mereka yang sedang dipulihkan,” ujar Faridah.

Menurutnya, program penerangan secara dalam talian turut diadakan dengan membawa tema antidadah, antaranya video Hacks (16 Jun), On Tak On (20 Jun & 27 Jun) dan Jom Sembang (24 Jun).

Di samping poster-poster kempen antidadah di media sosial, kemuncak kempen ini adalah Bicara Bina Negara (BBN) yang bertajuk ‘Isu Dadah di Malaysia Membimbangkan: Apa Peranan Kita?’’  pada Ahad, 26 Jun ini di Facebook IKRAM dan YouTube TV IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia