Bahagia Memberi dan Menerima: Homeostasis Hati

Bahagia Memberi dan Menerima: Homeostasis Hati | IKRAM

Homeostasis dirujuk sebagai pengekalan atau mekanisme kawal atur persekitaran dinamik dalaman (badan organisma) yang malar. Homeostasis merupakan salah satu konsep yang paling penting dalam biologi.

Bidang fisiologi boleh mengklasifikasikan mekanisme homeostasis kawal atur dalaman organisma. Homeostasis hati adalah tentang perihal rasa dan meluah rasa, dalam erti kata mengenal diri, peribadi dan ekologi kendiri.

Kembali ke homeostasis hati bermakna keterlibatan aktiviti pengekalan atau mekanisme kawal atur persekitaran dinamik dalaman (kendiri) yang malar dan mengawal atur dalaman diri, berinteraksi positif dengan dunia dan mencapai sempurna kehidupan. 

Naratifnya, jika kita sedang bahagia secara dalaman, bagaimana rakan kita akan tahu jika kita tidak memberitahu (secara luaran)? 

Kita sering kali berada di persimpangan dilema dan polemik antara mempamerkan atau menyembunyikan sebuah rasa suka duka. Untuk kehidupan yang terlihat dan sihat, kita seharusnya perlu saling memberi dan menerima, bukan sekadar sehala atau dua tetapi multidimensi.

Sekiranya ada sahabat yang sedang melalui kedukaan, kita akan berasa ralat dan terkilan jika sesuatu wasilah yang tidak enak diakhiri kepada sahabat itu bukan?

“Terkilannya saya tidak mengetahui dia dalam kesusahan, arwah baik orangnya…”

“…kalaulah saya tahu dia perlukan pertolongan, jika tidak mampu setidaknya saya boleh kirimkan doa…”

Sekiranya ada pula sahabat sedang melalui detik bahagia, kita akan turut bergembira dan mendoakan kegembiraan sahabat kita itu berterusan. 

Ah, bagaimana jika terbalik wasilahnya? Bila kita cerita derita, dikata kita mengada-ada dan menagih simpati, tetapi jika berkongsi bahagia dicemburui pula! Harus bagaimana?

Tentunya dalam situasi-situasi begini, kita semoleknya mengambil pendekatan responsif positif! Perlu ada jiwa yang bahagia! Kerana hanya jiwa yang bahagia akan menarik bahagia dan menolak derita.

Culture is relationship, relationship is culture!

“…a high performing society is built from a strong culture and a strong culture is built through positive relationships…” Dr. Brad Johnson

Lihatlah caranya mendekat:

يٰٓاَيُّهَا النَّاسُ اِنَّا خَلَقْنٰكُمْ مِّنْ ذَكَرٍ وَّاُنْثٰى وَجَعَلْنٰكُمْ شُعُوْبًا وَّقَبَاۤىِٕلَ لِتَعَارَفُوْا ۚ اِنَّ اَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللّٰهِ اَتْقٰىكُمْ ۗاِنَّ اللّٰهَ عَلِيْمٌ خَبِيْرٌ 

“Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.” (Al-Hujuraat: 13)

Kita perlu mendekat, bukan menjauh. Dengan mendekat hidup kita berkat! Betapa banyak perihal tamadun kehidupan manusiawi diteladani dengan muhibah merentas etnisiti dan geografi.

Kitaran tamadun

Ibn Khaldun menukilkan teori agung kitaran tamadun dalam penulisan Al-Muqaddimah (Pengenalan)  yang merupakan kitab terbesarnya (‘masterpiece’ dalam persuratan tentang sejarah, falsafah dan sosiologi termasuk pendidikan).

Tema utama daripada kitab yang ‘monumental’ ini ialah untuk mengecamkan fakta-fakta psikologi, ekonomi, alam sekitar dan kemasyarakatan yang memainkan peranan dalam proses memajukan dan mengedepankan peradaban manusia dan perjalanan sejarahnya.

Beliau membuat analisis tentang dinamika hubungan kumpulan-kumpulan dan menunjukkan bagaimana kesetiakawanan atau perpaduan sosial (al-’asabiyah) melahirkan satu tamadun baru dan juga kekuasaan siasah.

Ia mengecamkan adanya ulangan yang berlaku hampir-hampir sebagai rentak yang sama dengan berulang-ulang dalam proses naik turun dan jatuhnya peradaban manusia dan beliau membuat analisis tentang faktor-faktor yang membawa ke arah yang demikian.

Pandangan-pandangan beliau yang revolusionari dan asli itu menarik perhatian ulama dan sarjana Islam, juga para pemikir Barat. 

Dalam pemerhatiannya tentang pengajian sejarah, beliau merupakan sarjana pertama atau pengasas dalam meletakkan laporan-laporan sejarah di bawah dua ujian iaitu ujian kemunasabahan pada akal dan ujian undang-undang sosial dan fizikal yang diperhatikan. Beliau menunjukkan ada empat perkara dalam penelitian dan analisis laporan sejarah:

  1. Menghubungkan peristiwa-peristiwa antara satu dengan yang lainnya melalui kaedah sebab dan musabab;
  2. Mengambil kiasan antara yang telah lalu dengan apa yang berlaku masa kini;
  3. Mengambil kira kesan daripada alam sekitar dalam apa yang berlaku;
  4. Mengambil kira kesan daripada keadaan-keadaan perekonomian dan perkara-perkara yang diwarisi.

 

Seperti solidariti batuan

Tuhan… Jika bahagiaku terlalu banyak… maka pindahkanlah kepada saudaraku. 

Konsep ini bukan semata-mata on the surface sifatnya. Ia bukan setakat bermakna hidup berpuak atau berkelompok seperti difahami orang biasa. Ternyata pemahaman begini adakalanya nampak seperti bernaratif negatif bukan? Tidak! Ia bertitik tolak daripada syariat Allah itu sendiri dalam Surah as-Saff ayat 4.

Ayat yang menggambarkan saudara berakidah itu semestinya seperti solidariti batuan padat ’bunyaanun marsus’ (concrete cemented structure) yang membina antara satu dengan yang lain dan bukanlah entiti longgar yang tidak memadu lagi meruntuh, tidak sama sekali! Entiti blok tunggal perlu terlebih dahulu utuh sehingga ia bersatu dengan blok utuh yang lain.

“Bunyaanun Marsus is a model of superstructure developed from Islamic perspective. The salient features are Bunyaanun Marsus; sincerity in faith and struggle in the cause of Allah, complete agreement between word and deed, believe only in Allah,  building Islamic Ummah; Congregation, commit towards Allah and manhaj, moral leaders and worshippers, al shidq and al allaah and Hereafter First; Immunity from the punishment of Allah, forgiveness of sins; and entry into the Paradise.”

اِنَّ اللّٰهَ يُحِبُّ الَّذِيْنَ يُقَاتِلُوْنَ فِيْ سَبِيْلِهٖ صَفًّا كَاَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَّرْصُوْصٌ4

 

“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” (As-Saff: 4)

Kembali ke homeostasis hati itu ialah bilamana setiap kita memberi makna situasi hidup berakidah, berpandu, saling berhubung, memberi dan menerima dalam bahagia.

Silaturahim dan muhibah juga adalah suruhan Tuhan. Soalnya, bagaimana? Sebenarnya setiap kita dikatakan hidup berkasih sayang itu bilamana kita berkehendakkan segala yang terbaik untuk saudara kita sepertimana kita menghendakinya untuk diri kita sendiri!

Justeru, sebagaimana hadis ketiga belas menjelaskan:

عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَس بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Daripada Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah Sallallahualaihiwasallam, daripada Rasulullah Sallallahualaihiwasallam, baginda bersabda: “Tidak beriman salah seorang antara kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Oleh yang demikian, kandungan hadis ini mengajarkan kita saling berperanan:

  1. Seorang mukmin dengan mukmin yang lainnya bagaikan satu jiwa. Jika dia mencintai saudaranya maka seakan-akan dia mencintai dirinya sendiri. 
  2. Menjauhkan perbuatan hasad (dengki) dan bahawa hal tersebut bertentangan dengan kesempurnaan iman. 
  3. Iman dapat bertambah dan berkurang, bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan. 
  4. Anjuran untuk menyatukan hati

 

Dr Rosfazila Abd Rahman
Jabatan Kenegaraan dan Pengajian Ketamadunan
Universiti Islam Selangor (UIS)

 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia