Ukhuwah Lambang Keimanan, Pasak Perjuangan – Presiden IKRAM

Ukhuwah Lambang Keimanan, Pasak Perjuangan - Presiden IKRAM

SHAH ALAM – Acara tahunan yang ditunggu-tunggu, Perhimpunan Tahunan IKRAM (PTI 2023) sedang berlangsung dengan jayanya di IDCC, di sini hari ini, bertemakan “Teguhkan Ukhuwah, Sebarkan Rahmah”.

Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin membuka ucapan dasarnya di hadapan kira-kira 2,000 orang ahli yang hadir, dengan menitikberatkan kepentingan tautan ukhuwah yang sentiasa menjadi pasak kepada pertubuhan IKRAM.

Beliau kemudian menceritakan semula cabaran yang dihadapi oleh ahli-ahli ketika dunia dilanda wabak Covid-19 yang telah membataskan aktiviti-aktiviti IKRAM seperti usrah, mesyuarat dan juga perhimpunan, namun mereka tetap kental menghadapi kekangan yang dihadapi. 

“Walaupun ramai yang kekok terutama generasi seperti saya pada awalnya. Namun kini, ia menjadi sebahagian praktis dalam gerak kerja pengurusan organisasi, dakwah dan islah kita.”

Hj Badlishah Sham turut memesan, oleh kerana Covid-19 bukan lagi suatu ancaman kepada masyarakat, maka beliau menggalakkan agar aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh ahli IKRAM diadakan secara fizikal bagi memupuk dan mengukuhkan lagi ukhuwah antara mereka.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli IKRAM yang telah menyumbangkan tenaga, barang dan wang bagi membantu barisan hadapan bagi memerangi wabak Covid-19 yang tular di Malaysia dan dunia pada 2020. 

Kepentingan ukhuwah

Dalam ucapannya juga, Hj Badlishah menyatakan kepentingan ukhuwah yang merupakan lambang keimanan dan pemacu obor perjuangan, sepertimana maksud hadis:

Tidak sempurna iman seseorang di antara kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya segala apa yang ia cintai untuk dirinya sendiri.” (HR Bukhari, No. 13)

Beliau juga menyatakan bahawa ikatan ukhuwah akan menjamin ikatan keimanan yang kukuh di antara manusia sepertimana yang dikatakan oleh Mursyid Am Ikhwan Muslimin, imam Hasan al-Banna bahawa ikatan akidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan paling berharga.

Selain itu, beliau berkata bahawa ukhuwah juga merupakan asas pembinaan sebuah masyarakat Islam yang kukuh. 

Beliau mengumpamakan ukhuwah sebagai satu jasad yang mana satu anggota memperkuatkan satu anggota yang lain. Apabila satu anggota jasad itu terasa sakit, maka seluruh anggota yang lain akan turut menanggung penderitaannya. 

Menurut Hj Badlishah Sham, ukhuwah bukan sahaja dapat menguatkan IKRAM itu sendiri, akan tetapi ia juga dapat mendorong perkongsian maklumat, hubungan erat dan kerjasama yang lebih baik dan efektif dalam pelbagai usaha, inisiatif dan projek dalam IKRAM.

Tambahnya, ukhuwah juga memperhebatkan tarbiah ahli-ahli IKRAM, serta dapat memberi sokongan emosi dan mental di kalangan mereka.

Penyebaran Rahmah

Dalam ucapannya juga, Hj Badlishah Sham menekankan kepentingan menyebarkan konsep rahmah dalam kalangan ahli-ahli IKRAM dan juga masyarakat lain di Malaysia. 

“Melalui penyebaran berkenaan konsep Rahmah, masyarakat akan lebih cenderung untuk memahami betapa pentingnya konsep Rahmah di dalam pembinaan negara.”

“IKRAM sendiri ingin melihat terbinanya sebuah Negara Rahmah di Malaysia dengan agenda kebajikan dan pengislahan terus diberi keutamaan demi perubahan yang lebih baik untuk rakyat dan negara,” jelasnya.

Bukan sahaja konsep rahmah dapat memperkenalkan imej Islam sebagai agama yang adil, sederhana dan santun terhadap semua manusia dan sekitarnya, selari dengan tujuan pengutusan Rasulullah SAW sebagai Rahmatan Lil Alamin, iaitu rahmah untuk seluruh alam.

Oleh itu, beliau turut berpesan agar ahli-ahli berkhidmat kepada seluruh umat manusia dan menjadi contoh rahmah sama ada melalui hati, lisan mahupun perbuatan. Hal ini juga selari dengan tema Perhimpunan Tahunan IKRAM pada tahun ini iaitu “Teguhkan Ukhuwah, Sebarkan Rahmah”.

Beliau mengakhiri ucapan beliau dengan mendorong ahli-ahli IKRAM untuk bangkit, perbaiki dan islahkan diri, keluarga, masyarakat agar dapat mengubah negara ke arah yang lebih baik. 

Teks penuh Ucapan Dasar Presiden – PTI 2023: https://anyflip.com/veghn/hjna/

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia