Bagaimana Wanita Muslimah Meraih Pahala Ramadan

Bagaimana Wanita Muslimah Meraih Pahala Ramadan | IKRAM

Sebagai wanita Muslimah, tentunya mereka ingin mengejar ganjaran yang dijanjikan Allah SWT ketika bulan Ramadan ini. Insya-Allah, ia bukanlah sesuatu yang mudah apalagi tidak susah.

Justeru, apakah agenda atau kegiatan yang sewajarnya seorang wanita Muslimah lakukan untuk meraih pahala pada bulan Ramadan hingga kita dapat beribadah kepada Rabb-Nya dan seterusnya secara tidak langsung dapat menunaikan kewajipan dalam menguruskan rumah tangga dengan sebaiknya?

Sebenarnya, kegiatan wanita Muslimah sama sahaja dengan kegiatan para lelaki, hanya saja ada tambahan ibadah baginya yang boleh dilakukan.

Jika seorang wanita giat dan bersungguh-sungguh dalam membantu suami dan anggota keluarganya, menyiapkan untuk mereka makanan yang cukup ketika sahur mahupun iftar (berbuka), maka itu merupakan satu ibadah apabila ia dilakukan dengan penuh keikhlasan semata-mata kerana Allah.

Contohnya, bagi seorang wanita Muslimah, ketika menyiapkan makanan (memasak), ia seharusnya menyibukkan lisannya dengan berzikir. Ia masak dalam keadaan bertasbih, bertahlil dan bertahmid. Maka dari situ, baginya ganjaran pahala yang sangat besar.

Maka janganlah menjadi alasan kerana menyiapkan makanan, lalu ia berpaling daripada beribadah kepada Allah SWT pada siang hari bulan Ramadan.

Kebahagiaan bagi wanita Muslimah yang sebenarnya ialah membantu suami dan ahli keluarganya, yang mana hal tersebut dilakukannya dengan mengharapkan ganjaran pahala di sisi Allah SWT hinggakan semua itu tidak menjadikan ia lalai daripada berzikir kepada Allah SWT.

Selain itu, dengan mengerjakan pelbagai ibadah sesuai kemampuan diri kita seperti tilawah, tadarus, tadabbur, sedekah, mengemas rumah, juga melakukan kebaikan-kebaikan lain pada siang hari bulan Ramadan adalah bentuk-bentuk meraih pahala yang sangat mudah dilakukan.

Insya-Allah, wanita tersebut sesungguhnya telah meraih kemenangan yang besar.

Rujukan: ‘Baina Yadai Ramadan’

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia