Badan Beruniform Bina Kepimpinan Altruistik Mahasiswa

Badan Beruniform Bina Kepimpinan Altruistik Mahasiswa | IKRAM

Mahasiswa adalah golongan yang memiliki potensi besar dalam membentuk masa depan negara dan masyarakat secara khususnya. Ledakan teknologi maklumat masa kini telah menjadikan mahasiswa berdaya saing daripada aspek kemahiran digital.

 

Namun begitu, kemahiran digital masih perlu diselimuti dengan kemahiran insaniah yang holistik agar dapat membentuk jiwa mahasiswa yang tunduk ke bumi dan sentiasa mengaplikasikan akhlak yang mempunyai nilai-nilai MADANI.

 

Memandangkan mahasiswa membawa aspirasi membangunkan negara, mereka harus dilatih dalam pelbagai aspek kehidupan. Para mahasiswa kini harus melengkapkan diri dengan kemahiran abad ke-21 iaitu komunikasi, berfikiran kritikal dan kreatif, kemampuan bekerjasama dan kebolehan membangunkan keingintahuan yang tinggi terhadap sesuatu perkara.

 

Kesemua kemahiran abad ke-21 ini pastinya dapat dirangkumkan dan diaplikasi apabila seseorang mahasiswa itu melibatkan diri dalam aktiviti beruniform. 

 

Badan beruniform seperti persatuan kadet polis, kadet bomba, Kesatria, PALAPES dan sebagainya memberi peluang secara langsung kepada para mahasiswa untuk membangunkan kemahiran kepimpinan altruistik.

 

Para sarjana telah mendefinisikan altruisme sebagai perilaku kepimpinan untuk memberikan bantuan kepada orang lain tanpa melihat motif bantuan diberikan. Dalam erti kata lain, konsep kepimpinan ini adalah untuk memberi manfaat kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. 

 

Sifat kepimpinan altruistik ini mengacu pada tindakan pemimpin untuk mengutamakan kesejahteraan orang-orang di sekelilingnya daripada kepentingan pemimpin itu sendiri. Model kepimpinan ini juga dianggap sebagai kepimpinan yang berpusat kepada manusia. 

 

Pemimpin altruistik memiliki ciri-ciri kerendahan hati, kesabaran, pengertian, kasih sayang serta kebaikan kepada orang bawahan dan masyarakat di sekelilingnya. 

 

Penyertaan para mahasiswa dalam badan beruniform mampu menyuburkan sifat-sifat murni yang ada dalam diri mereka, seterusnya membangunkan sifat kepimpinan altruistik. 

 

Dalam konteks di UiTM sendiri, badan beruniform Unit Kesatria di bawah pengurusan Pusat Kokurikulum, Bahagian Hal Ehwal Pelajar diwujudkan bagi menerapkan nilai-nilai disiplin yang tinggi dalam kalangan pelajar. Sebanyak 30 peratus daripada pelajar UiTM adalah ahli Kesatria dan bakinya daripada komponen kursus kokurikulum yang lain.

 

Penyertaan Komander Kesatria sendiri yang seringkali membantu dalam misi pascabanjir, gotong-royong dan lain-lain secara tidak langsung menjadi duta kecil institusi kepada masyarakat awam. Walaupun pada mulanya, mereka merasakan seperti satu paksaan untuk menjadi sukarelawan, namun ia pasti akan menjadi seperti peribahasa Melayu, “Alah bisa tegal biasa”.

 

Penyertaan mahasiswa dalam badan beruniform seringkali mementingkan disiplin dan tanggungjawab. Mereka telah diajar untuk patuh kepada peraturan, menghormati hierarki dan menjaga peralatan organisasi dengan cermat. Mereka juga sentiasa kemas dalam berpakaian dan menghormati adat dan budaya masyarakat yang pelbagai.

 

Segala peraturan yang telah ditetapkan ini membantu mereka memahami pentingnya tanggungjawab. Mereka juga pastinya mengamalkan kepimpinan melalui teladan. Kepimpinan yang diterapkan melalui pengurusan badan beruniform mengajar para mahasiswa ini bahawa kepimpinan bukan hanya tentang memberi arahan dan perintah, bahkan lebih utama untuk menjadi contoh teladan yang baik. 

 

Penyertaan dalam badan beruniform juga membantu perkembangan kemahiran sosial seperti berkomunikasi dan berkolaborasi. Para mahasiswa perlu bekerjasama dengan rakan pada pelbagai peringkat umur dalam pelbagai aktiviti.

 

Mereka belajar untuk berkomunikasi dengan berkesan, bekerjasama dalam pasukan dan memahami kepentingan mendengar pandangan orang lain. Kemahiran ini pastinya amat penting dalam kepimpinan altruistik yang mana seseorang pemimpin perlu memahami keperluan dan pandangan individu dalam kumpulan mereka. 

 

Penyertaan dalam badan beruniform membawa para mahasiswa untuk berdepan dengan pelbagai jenis konflik dalam kehidupan. Ternyata situasi ini dapat memberikan ruang dan peluang kepada mereka untuk mempelajari dan mempraktikkan teknik untuk mengurus konflik dengan baik, menyelesaikan perbezaan dan mencari penyelesaian yang adil untuk semua pihak.

 

Keadaan ini amat penting dalam kepimpinan altruistik kerana pemimpin perlu mengambil berat akan kebajikan semua individu dan mencari jalan penyelesaian yang membawa faedah kepada semua.

 

Pada asasnya, penyertaan dalam badan beruniform ini memberi peluang kepada para mahasiswa untuk lebih dekat dengan masyarakat dan memberi sumbangan sejak awal lagi. Keadaan ini adalah asas utama kepada kepimpinan altruistik yang mana pemimpin sentiasa berusaha untuk memperbaiki keadaan masyarakat. 

 

Penghayatan nilai-nilai kepemimpinan altruistik seperti pengorbanan, kejujuran, keadilan dan kesetiaan melalui penyertaan dalam badan beruniform dapat dilihat dengan jelas. Nilai-nilai ini juga telah terpahat kemas menerusi lima prinsip Rukun Negara Malaysia. 

 

Tuntasnya, penyertaan mahasiswa dalam badan beruniform amat penting dan secara jelas mampu melatih mereka untuk menghayati nilai konsep MADANI yang diperkenalkan Perdana Menteri Malaysia ke-10. Penghayatan segala nilai ini pastinya mampu membawa perubahan positif kepada masyarakat dan seterusnya membina generasi yang bertamadun tinggi. 

 

Nurul Nisha Mohd Shah, UiTM Rembau
Mohd Radzman Basinon

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia