Jayakan Program Menghidupkan Rabbaniyyah Pada Bulan Ramadan
Segala puji bagi Allah SWT, Pencipta alam semesta, selawat dan salam kepada Rasulullah SAW, kaum keluarga, para sahabat dan para pengikut Baginda sehingga hari kiamat.
Cita-cita Hassan al-Banna

Diceritakan guru al-Banna, Syeikh Ahmad Yusof Najati sangat gemar memilih tajuk-tajuk karangan yang menarik. Dia sangat menghiburkan dengan kelakarnya yang menarik itu. Apabila dia merasa penat memeriksa karangan para pelajarnya, dia pun berkata:
“Ambillah karangan- karangan kamu ini wahai para ulama’ dan sebarkan. Wahai kaumku, sampaikanlah sesuatu dengan mempunyai maksud atau tujuan. Bunga-bunga bahasa yang elok ialah yang ringkas (sesuatu karangan itu elok apabila ia pendek, padat dan berisi)”.
Puasa dan Tarbiah Ruhiyyah: Ustaz Tajul

Antara kehebatan Islam ialah ia dapat menyeimbangkan di antara material dan ruh dalam nisbah yang seimbang di mana seseorang itu mampu menikmati kepuasan dengan kedua-duanya serentak. Material adalah asas terbinanya jasad untuk menguatkannya bangun melakukan ibadat kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala (SWT).