Inisiatif baiki kualiti sistem PA 100 masjid

KUALA LUMPUR – Yayasan IKRAM Malaysia telah menjalinkan kerjasama dengan Muazzin AV Retail & Services sebagai rakan strategik untuk melaksanakan program pertama kali seumpamanya di negara ini iaitu Gema 100 Masjid. Program ini merupakan satu inisiatif bagi mengumpul sumbangan orang ramai bagi membantu 100 buah masjid terutamanya di luar bandar yang kekurangan dana untuk […]
Keputusan pemilihan Ahli DPN bagi Wakil Negeri

SERI KEMBANGAN – Pemilihan 60 Ahli Dewan Perwakilan Nasional (DPN) bagi Wakil Negeri sesi 2022-2026 telah berlangsung secara dalam talian pada Jumaat dan Sabtu lalu di seluruh negara. Selain Ahli Teras, buat pertama kali Ahli Aktif IKRAM juga terlibat secara langsung dalam pemilihan ini mengikut negeri masing-masing. Berikut adalah keputusan penuh Ahli DPN bagi […]
51 Ahli DPN IKRAM dipilih

SERI KEMBANGAN – Seramai 51 orang Ahli Dewan Perwakilan Nasional (DPN) IKRAM bagi sesi 2022-2026 telah dipilih dalam pemilihan yang telah diadakan pada hujung minggu baru-baru ini. 51 orang yang terpilih itu terdiri daripada 21 Wakil Umum, 10 Wakil Wanita, 10 Wakil Ulama Dan 10 wakil IKRAM Muda yang mana pengundian telah dijalankan secara […]
PRN Johor: Pilih calon berintegriti

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan berlangsung tidak lama lagi dan tarikhnya dijangka diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada 9 Februari ini. Lebih 2.5 juta pengundi di Johor layak mengundi termasuk penambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi18. Dengan peningkatan jumlah pengundi dalam kalangan anak muda […]
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 meningkat

SERI KEMBANGAN – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt seluruh negara meningkat dari 0.98 pada 17 Januari kepada 1.07 pada 22 Januari lalu. Sementara itu, nilai Rt jangkaan mengikut kes seharian pada Ahad untuk seluruh negara adalah 1.08, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Pada 22 Januari, Negeri Sembilan mencatatkan […]
Konvensyen IKRAM Academia 29 Januari ini

SERI KEMBANGAN – Konvensyen Persatuan Akademia IKRAM Malaysia (IKRAM Academia) dan Mesyuarat Agung Tahunannya bakal berlangsung buat kali ketiga pada Sabtu, 29 Januari ini. Konvensyen kali ini menampilkan Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Dato’ Seri Ir Dr Zaini Ujang yang akan menyampaikan ucaptamanya yang bertajuk ‘Academicians as Catalyst of Change for Better […]