Kami telah tiba di Afghanistan – MyCARE

SERI KEMBANGAN – Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) buat julung kalinya melancarkan misi kemanusiaannya ke Afghanistan pada Jumaat, 18 Februari lalu dan dijangka akan berada di sana selama dua minggu.

 

Dua anggota misi yang terlibat, Prof. Madya Dr Mohd Zin Kandar dari MyCARE dan Abdul Hafidz Hashim dari Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dalam rangka menyalurkan sumbangan Kempen Kemanusiaan Afghanistan serta mengumpul data dan maklumat sahih situasi negara tersebut.

 

Mereka telah tiba di Islamabad, Pakistan menyantuni pelarian Afghanistan di sana sebelum bertolak ke Kabul pada Ahad. Kehadiran mereka di Islamabad disambut oleh Timbalan Ketua Perwakilan, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pakistan, Deddy Faisal Ahmad Saleh.

 

 

Semasa ke Peshawar Mor, pinggir bandar Islamabad, anggota misi berkesempatan menyantuni dan menghulurkan sedikit bantuan kepada pelarian-pelarian di sekitarnya.

 

Mereka turut membeli 200 keping roti untuk diagihkan kepada pelarian Afghanistan di sini, dibantu oleh dua pelajar universiti di Pakistan yang berasal dari Afghanistan.

 

“Sekitar pukul 6 petang (setiap hari), mereka (pelarian) akan berkumpul, yang mana kedai-kedai makan dan restoran akan memberikan makanan percuma seperti roti dan sebagainya,” jelas Dr Mohd Zin yang kagum dengan keihsanan peniaga Pakistan yang membantu pelarian Afghanistan.

 

 

Pada Isnin di Kabul, anggota misi turut bersama dalam kunjungan delegasi Misi Kemanusiaan Malaysia ke Kementerian Pelajaran serta Kementerian Pengajian Tinggi Afghanistan.

 

Delegasi kunjungan diketuai Pengerusi Global Peace Mission Malaysia (GPM), Datuk Ahmad Azam Ab Rahman merangkap Penasihat Khas mengenai Afghanistan, Kementerian Luar dan Pesuruhjaya Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

 

Kunjungan yang disertai GPM, IKRAM, MyCARE dan beberapa badan NGO dari Malaysia ini bertujuan mendapatkan gambaran sebenar mengenai visi dan perancangan serta kekangan dan kesukaran yang sedang dihadapi oleh institut pengajian tinggi (IPT) di Afghanistan.

 

 

Dr Mohd Zin yang juga Pengarah Pusat Kelestarian dan Kesejahteraan USIM turut menyampaikan hasrat dan kesediaan beberapa pusat pengajian dan kumpulan akademia di Malaysia untuk menjalinkan kerjasama dan kolaborasi dalam pendidikan, penyelidikan dan pembangunan kapasiti di universiti. 

 

Dilaporkan bahawa negara jiran, Pakistan telah menerima lebih 1.4 juta pelarian Afghanistan sejak lebih 30 tahun lalu hingga kini.

 

Penjajahan dan peperangan selama puluhan tahun di Afghanistan menyebabkan terdapat 2.7 juta rakyatnya menjadi pelarian dalam negeri (Internally Displaced People), ditambah pula dengan sistem dan infrastruktur negara yang telah hancur sejak penaklukan Soviet Union pada 1979.

 

UN World Food Programme (WFP) telah memberi amaran pada Oktober tahun lalu bahawa situasi di Afghanistan boleh menjadi ‘krisis kemanusiaan terburuk di dunia’ kerana hampir 23 juta orang akan kekurangan bekalan makanan.

 

Apa yang merisaukan adalah keadaan para pelarian yang tinggal di khemah-khemah yang terpaksa menghadapi musim sejuk yang boleh mencecah suhu -20 darjah Celsius.

 

 

Sehubungan itu, MyCARE menganjurkan Kempen Kemanusiaan Afghanistan bagi membantu membina kembali negara itu melalui sektor kesihatan, makanan, pendidikan dan sebagainya. 

 

Sumbangan boleh disalurkan melalui pautan http://mycare.qrd.by/ikram4afghan atau akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad (CIMB Islamic 8602 13 5592) dengan rujukan ‘Afghanistan’.

 

Sila hantarkan maklumat sumbangan ke e-mel [email protected] atau mesej Whatsapp ke wasap.my/60189089282.

 

Info lanjut berkenaan misi kemanusiaan di Afghanistan, sila layari laman Facebook rasmi MyCARE: https://www.facebook.com/mycarehq.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia