Semangat Hijrah Integriti dalam Membina Negara Rahmah

Maal Hijrah

Kedatangan Awal Muharam setiap tahun mengingatkan umat Islam kepada peristiwa agung hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah. Hijrah bukan sekadar perpindahan lokasi, tetapi suatu proses transformasi menyeluruh yang mengubah individu dan masyarakat dan seterusnya membina sebuah tamadun yang berteraskan iman, keadilan dan kesejahteraan.  Peristiwa hijrah menjadi titik perubahan besar dalam sejarah Islam apabila Rasulullah […]

Sudah Pencen Kerja: Adakah “Pencen” Dakwah Sekali?

dakwah

Fenomena persaraan daripada pekerjaan formal merupakan suatu fasa yang tidak dapat dielakkan dalam kitaran kehidupan manusia. Dalam konteks sosial moden, persaraan lazimnya difahami sebagai tempoh peralihan daripada kehidupan pekerjaan yang aktif kepada kehidupan yang lebih bersifat peribadi dan santai. Namun demikian, dari perspektif epistemologi Islam, konsep persaraan tidak pernah membawa maksud penghentian tanggungjawab terhadap agama […]

Membina Generasi Rahmah Melalui Pendidikan Tahfiz

sekolah tahfiz

Pendidikan merupakan asas kepada pembentukan insan yang berkualiti. Dalam konteks Negara Rahmah, pendidikan bukan sahaja menekankan penguasaan akademik, tetapi juga pembangunan akhlak, sahsiah dan nilai-nilai murni. Individu yang berpendidikan tinggi tanpa penghayatan nilai moral yang baik cenderung menjadi masyarakat yang lemah moral dan akhlak. Justeru, pendidikan yang holistik amat penting untuk melahirkan generasi yang bukan […]

Generasi Sandwic: Siapa Memikul, Siapa Membela?

Golongan Sandwich

“Generasi sandwic”, satu istilah yang semakin hangat dibincangkan, merujuk kepada golongan dewasa yang “terhimpit” antara dua tanggungjawab besar iaitu menyara ibu bapa yang semakin uzur dan membesarkan anak-anak yang masih memerlukan perhatian.  Bayangkan seorang anak berusia 40-an yang bekerja sepenuh masa, menghantar anak ke sekolah, sambil menguruskan rawatan ibu yang sudah lanjut usia. Itulah realiti […]

Model Tadbir Urus Baik dalam Kerangka Negara Rahmah

negara rahmah

Konsep Negara Rahmah merupakan gagasan normatif yang berteraskan nilai kasih sayang (rahmah), keadilan (‘adl), amanah dan ihsan dalam pembinaan sesebuah negara. Dalam dimensi politik, gagasan ini menuntut pelaksanaan tadbir urus yang baik sebagai prasyarat utama kelangsungan kesejahteraan sosial dan kestabilan institusi. Tanpa struktur tadbir urus yang telus, berintegriti dan berakauntabiliti, idealisme Negara Rahmah akan terhenti […]

Kesan Fitnah Digital dan Solusi Maqasid Syariah

digital

Era digital telah mengubah landskap komunikasi masyarakat Malaysia secara drastik. Media sosial bukan lagi sekadar medium interaksi sosial, tetapi menjadi ruang pembentukan persepsi politik, wacana agama dan identiti kolektif. Kemunculan platform seperti Facebook, TikTok dan WhatsApp telah memudahkan pertukaran maklumat, namun pada masa yang sama membuka ruang kepada penyebaran fitnah dan maklumat palsu. Fenomena ini […]

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia