Mengapa kita kurang selesa dengan kepelbagaian?
Secara fitrahnya, manusia lebih selesa dan merasa selamat apabila berada dalam kelompok yang sama dengannya. Dalam bidalan Melayu, terdapat beberapa peribahasa yang menggambarkan fenomena tersebut: Yang enggang sama enggang, Yang pipit sama pipit; Antah berkumpul sama antah, beras sama beras. Hakikatnya kita lebih mudah bergaul dan berinteraksi dengan kalangan mereka yang sebaya, sebangsa, seketurunan, sama […]
Siapakah pasangan dan zuriat penyejuk mata golongan ibadurrahman?
Institusi kekeluargaan dalam masyarakat hari ini sedang dilanda pelbagai tekanan, konflik dan ujian getir yang menggugat keharmonian dan keutuhannya. Statistik perceraian yang meningkat, keganasan rumah tangga, penderaan kanak-kanak dan pengabaian warga emas menjadi simptom atau gejala yang jelas menunjukkan berlakunya kerapuhan dalam institusi keluarga yang sepatutnya menjadi batu asas kepada kesejahteraan diri, masyarakat dan […]
Kerangka minda terbelenggu vs bercambah
Kesempurnaan ciptaan Tuhan yang dinamakan manusia ini terletak kepada keupayaan akal fikirannya. Sekalipun tubuh badannya kecil dan kudrat fizikalnya terbatas jika dibandingkan dengan setengah makhluk haiwan lain yang jauh lebih besar dan kuat, manusia menguasai persekitarannya melalui kebolehan berfikir secara kritis dan kreatif. Dengan otak yang luar biasa keupayaannya, manusia mampu belajar dari […]
Kepengikutan dalam hidup seharian
Sekalipun aspek kepengikutan tidak banyak diperkatakan berbanding dengan kepimpinan, sudah tiba masanya perhatian diberikan secara serius kepada kepentingan pengikut dan kepengikutan dalam struktur masyarakat. Pada hakikatnya, setiap pemimpin itu juga seorang pengikut, walaupun pengikut tidak semestinya diberikan tanggungjawab untuk memimpin dan digelar ketua. Sekalipun status dan kedudukan pemimpin itu tampak hebat, tinggi dan […]
Transformasi kerangka fikir merdeka tugas mencabar
Dalam konteks perbincangan berkenaan kemerdekaan dan kebebasan, ruang lingkup perbicaraan sering berlegar sekitar sejarah negara mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah. Namun, apa lebih mendasar adalah proses membangun kerangka fikir merdeka dalam benak fikiran setiap individu. Kerangka fikir adalah asas penentu kepada pilihan sikap dan tingkah laku seseorang. Dalam lipatan sejarah mengenai kemerdekaan sesebuah negara, […]
Belajar menghargai kepelbagaian
Dalam konteks masyarakat majmuk dan rencam, tidak dapat dinafikan wujudnya perasaan kurang senang dan tidak selesa apabila berinteraksi dengan kelompok yang berbeza khususnya berlainan bangsa keturunan, agama anutan dan adat resam budaya.