Rasuah dan Integriti: Apa Peranan NGO dan Masyarakat?

Rasuah bukan sekadar pertukaran wang secara sulit atau salah guna kuasa untuk kepentingan peribadi. Kesannya jauh lebih besar. Rasuah menentukan siapa mendapat kontrak, siapa menikmati peluang dan siapa terpaksa menunggu hak yang sepatutnya diterima. Lebih membimbangkan, rasuah bukan sahaja menghakis kekayaan negara, malah boleh membungkam suara masyarakat. Apabila keputusan awam boleh dibeli, keadilan menjadi tidak […]
Belanjawan 2027: Perkukuh Reformasi Perolehan Kerajaan

Belanjawan 2027 meletakkan disiplin fiskal sebagai tunjang kepada naratif pemulihan keyakinan terhadap tadbir urus negara. Kerajaan menyatakan bahawa Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal serta Akta Perolehan Kerajaan telah digubal bagi memastikan kuasa Menteri Kewangan tertakluk kepada mekanisme pemantauan dan akauntabiliti, manakala skop Akta Audit diperluas bagi memperkukuh pengawasan terhadap pengurusan wang awam. Kesan daripada […]
Memperkasa Parlimen, Memperkukuh Demokrasi Malaysia

Dalam sebuah negara demokrasi, parlimen bukan sekadar tempat wakil rakyat berhimpun, berbahas dan mengundi. Parlimen ialah institusi utama demokrasi yang memastikan kuasa eksekutif tertakluk kepada sistem semak dan imbang. Di sinilah undang-undang digubal, dasar kerajaan diteliti, perbelanjaan negara diluluskan dan kepentingan rakyat dibawa ke dalam proses membuat keputusan negara. Namun, persoalan yang lebih penting ialah: […]
Malaysia Negara Rahmah 2035: Aspirasi atau Realiti?

Apakah wajah Malaysia yang kita mahu lihat pada tahun 2035? Soalan ini mungkin kelihatan terlalu jauh, tetapi hakikatnya masa depan sebuah negara tidak dibentuk pada tahun ia dicapai. Ia dibentuk melalui keputusan politik, dasar ekonomi, kekuatan institusi dan budaya masyarakat yang dibina bertahun-tahun sebelumnya. Negara Rahmah 2035 dan aspirasi masyarakat Dua ayat al-Quran yang memberi […]
Hari Malaysia: Membina Negara Berasaskan Integriti

Setiap kali 16 September menjelang, kita kembali mengingati satu detik penting dalam sejarah negara iaitu pembentukan Malaysia pada tahun 1963 melalui penyatuan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Lebih enam dekad telah berlalu. Malaysia telah berubah dengan begitu pesat. Kita membina bandar, institusi, jaringan ekonomi dan sistem pentadbiran yang semakin kompleks. Kita juga sering meraikan […]
RCI Tabung Haji: 5 Pengajaran Pulih Keyakinan Rakyat

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji membuka ruang kepada rakyat untuk menilai semula kepentingan integriti dalam pengurusan organisasi. Walaupun laporan tersebut mendedahkan pelbagai kelemahan yang berlaku dalam pengurusan dan tadbir urus institusi berkenaan, ia juga memberi peluang kepada semua pihak untuk mengambil iktibar dan melakukan pembaharuan. Hakikatnya, sesebuah organisasi boleh berdepan pelbagai cabaran, […]