Hijrah: Kebangkitan Islam Yang Makin Hampir

Tahun baru Hijrah seringnya dikaitkan dengan kebangkitan Islam berikutan penentuan kalendar Islam yang dilakukan pada zaman khalifah Umar al-Khattab r.a. Ia diambil daripada kisah hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat dari Mekah ke Madinah, seterusnya menjadi mercu tanda kebangkitan Islam. Peperangan antara Rusia dan Ukraine telah memburukkan keadaan dunia dan melemahkan hegemoni Barat dan Timur. […]
Buya Hamka: Memahami Hakikat Hidup, Kerja dan Dunia

Buya Hamka pernah berkata, “Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja.” Sekali baca, agak keras perumpamaan yang diwariskan kepada kita. Jika dibaca untuk kali kedua, memang ada benarnya pesanan ini buat kita, buat mereka yang berfikir dan mencari erti dalam hidupnya. Dalam pesanan itu, Hamka telah […]
Menyemai Benih Keikhlasan, Menuai Jerih Pengorbanan

Syariat Islam diturunkan untuk memberikan makna kepada episod-episod perjalanan hidup manusia. Kata orang, dunia seperti ladang, kitalah petani yang mengusahakannya, hasilnya dituai di akhirat kelak. Jika dilihat kepada sifat semula jadi manusia yang mempunyai ‘instinct’ untuk meneruskan kehidupan, manusia dengan sendirinya akan berusaha untuk menyelamatkan diri daripada bahaya dan kemudaratan. Akal kurniaan Allah SWT mempunyai […]
Diam Atau Berbicara Lebih Baik? Ini Pandangan Islam

Membaca kisah-kisah yang dirakamkan dalam al-Quran akan memaparkan kepada kita seribu ibrah dan pengajaran yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan. Jika anda masih ingat tentang kisah Maryam a.s., setelah beliau melahirkan Nabi Isa a.s. tanpa kewujudan seorang ayah, Allah SWT memerintahkannya untuk diam dan tidak menjawab sebarang pertanyaan daripada kaumnya. Situasi ini dirakamkan dalam al-Quran […]
Akhir Ramadan: Menyantuni Tetamu Yang Akan Pergi

Ramadan merupakan makhluk istimewa diciptakan Allah SWT berupa ruang dan peluang bagi orang-orang yang beriman memperbaiki diri. Mereka yang kuat keazamannya akan merasakan Ramadan datang dan akan berlalu dengan kadar yang segera sekali. Berbeza dengan orang yang tidak bersungguh-sungguh untuk memaknai Ramadan, akan merasakan Ramadan sebagai beban yang mengambil masa yang lama untuk berlalu pergi. […]
Bagaimana Takwa Membuahkan Integriti Seorang Muslim

Pernahkah suatu hari anda bayangkan kehidupan diri tanpa panduan? Hidup hanya dengan naluri menurut keperluan fizikal semata; apabila lapar, makan, apabila letih, tidur. Seperti sebuah komputer tanpa perisian atau sebuah kereta tanpa enjin, kewujudannya menjadi tanpa tujuan dan fungsi yang jelas. Seperti sebuah manual cara menjalani kehidupan, begitulah peranan syariah bagi seorang manusia. Kedatangan syariah […]