ERAT 2012: Gerbang eksplorasi alam IPT

PUTRAJAYA – Eksplorasi Remaja Ambang IPT (ERAT 2012) merupakan satu program khas untuk lepasan SPM, STPM, STAM dan Matrikulasi. Program  yang dianjurkan oleh IKRAMTeens ini telah diadakan pada 25 April hingga 27 April 2012 yang lalu dengan kerjasama pihak Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) telah berjaya mengumpulkan seramai 154 orang peserta dari seluruh negeri.

Wadah remaja: IKRAMTeens Terengganu dilancarkan

KEMAMAN – Bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Kemaman, pada Selasa 1 Mei 2012 yang lalu, satu lagi sejarah dicipta dengan Majlis Pelancaran IKRAMTeens Negeri Terengganu yang merupakan negeri ketiga mempunyai Kelab IKRAMTeens selepas Johor dan Sarawak, diaspirasikan dengan Majlis Pelancaran IKRAMTeens Pusat hampir setahun lepas.

Badminton Perpaduan: Usaha kreatif dakwah belum Islam melalui sukan


SEREMBAN – Satu program mendekati belum Islam melalui sukan dan rekreasi telah diadakan pada Selasa 1 Mei 2012 yang lalu. Dinamakan “Pertandingan Badminton Perpaduan 2012”, program ini dijalankan di Summer Court Badminton Hall, Taman Perindustrian Oakland anjuran IKRAM Negeri Sembilan.

Ikram bantah paparan gambar berunsur lucah di muka hadapan akhbar tempatan

Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram)
4 Mei 2012
Bantahan Terhadap Paparan Gambar Berunsur Lucah Di Muka Hadapan Akhbar Tempatan

Ikram membantah keras tindakan beberapa akhbar harian tempatan yang memaparkan gambar-gambar berunsur lucah di muka surat hadapan akhbar-akhbar berkenaan.

Bersih 3.0: Ikram Ucapkan Tahniah kepada Rakyat

Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram)

2 Mei 2012

Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram) mengucapkan tahniah dan syabas kepada ratusan ribu rakyat Malaysia di atas kematangan, kesungguhan dan keberanian untuk menyuarakan bantahan terhadap kelemahan sistem dan proses pilihan raya negara dalam perhimpunan “Duduk Bantah” Bersih 3.0 pada 28 April 2012.

Bersih 3.0: Kerana Dataran, rakyat boleh diganasi?

Berikut adalah tulisan Hj Nahar Md Nor, AJK IKRAM Pusat yang diterbitkan oleh harakahdaily.net: Rakyat boleh dibelasah kerana mahu jaga Dataran?

Perhimpunan Duduk Bantah – Bersih 3.0 ternyata telah berjaya mencapai matlamatnya. Mesej dan tuntutan yang mahukan pilihanraya yang bersih dan adil telah disampaikan dengan jelas dengan berkumpulnya lebih 250,000 orang penyokong pada 28 April 2012 yang lalu. Rakyat telah berkumpul di tempat-tempat yang telah ditentukan oleh pihak penganjur. Mereka kemudiannya bergerak menuju ke Dataran Merdeka.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia