Musyrif IKRAM UK hadiri majlis pengebumian Ukht Sumaiyah

ALOR SETAR – Musyrif IKRAM United Kingdom, Ustaz Shamsul Maarif Hj Ismail sempat menghadiri majlis pengebumian Allahyarham Sumaiyah binti Romli, pelajar Tahun Satu di United Kingdom yang maut dalam kemalangan di Jordan enam hari lalu. Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua IKRAM Negeri Selangor merangkap Pengurus Pejabat Presiden IKRAM telah bertolak ke Kedah bersama isterinya, Dr Najibah Mohd Zin dan keluarga selepas menunaikan solat Maghrib pada Isnin lepas.
110 pasukan, 6 negara berentap dalam Debat Antarabangsa Pelajar Musleh ke-5

KEJOHANAN DEBAT ANTARABANGSA PELAJAR MUSLEH KELIMA 2013
5th MUSLEH INTERNATIONAL STUDENTS DEBATING CHAMPIONSHIP 2013
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSA (IKRAM) dan MUSLEH BHD akan menganjurkan Kejohanan Debat Antarabangsa Pelajar MUSLEH Kelima (5th Musleh International Student Debating Championship 2013) pada 26 Jun hingga 29 Jun 2013 bertempat di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur dan Hotel Putra, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Berjaulah hingga ke syurga…

(Nukilan pelajar Malaysia di Jordan)
13 Jun 2013… Kami akhawat Jordan menerima kedatangan dua orang akhawat dari United Kingdom (UK), Nur Ili Dayana binti Mazlan@Masgelan (pelajar Tahun Akhir Sains Aktuari, London Economy of School) dan Sumaiyah binti Romli (pelajar Tahun 1, Astrofizik, University College London, dalam rangka berjaulah (mengembara) selama 12 hari ke sini dengan tujuan menziarahi akhawat, mencari ibrah (pengajaran) di bumi anbiya dan berukhuwah sesama rakan di Jordan.
AQSA TO GAZA 17 (A2G17): Misi Akademia ke Gaza

KENYATAAN AKHBAR
21 JUN 2013
AQSA TO GAZA 17 (A2G17)
Misi Akademia ke Gaza (Malaysia Academic Mission-MyAM)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Kepedulian rakyat Malaysia terhadap penderitaan rakyat Palestin terutamanya di Gaza semakin terserlah dan sedang melangkah ke sektor pendidikan pengajian tinggi yang lebih strategik. Kesungguhan Malaysia di dalam membantu Gaza turut dibuktikan dengan lawatan YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib bin Abdul Razak ke Gaza baru-baru ini.
Boikot Kurma Iran – Gabungan Selamatkan Syria

KENYATAAN MEDIA
GABUNGAN SELAMATKAN SYRIA
20 Jun 2013 / 11 Sya’ban 1434
KEMPEN BOIKOT KURMA IRAN
Kebangkitan Rakyat Syria yang bermula pada 15 Mac 2011 telah bertukar menjadi salah satu medan pembunuhan paling dahsyat dalam sejarah ketamadunan manusia yang dilakukan oleh rejim pemerintah Bashar Al-Assad . Fakta kekejaman rejim Bashar terhadap rakyat di Syria sekarang menunjukkan kematian 93,000 orang rakyat. Sehingga 8 Mac lalu, seramai 1,000,000 rakyat Syria dilaporkan oleh UNHCR menjadi pelarian dan 2.4 juta rumah dimusnahkan.
GBM Press Statement: Submitting Batang Kali Massacre’s Signed Postcards to the British High Commissioner

GBM Press Statement
Submitting Batang Kali Massacre’s Signed Postcards
to the British High Commissioner
The Action Committee Condemning Batang Kali Massacre together with the Coalition on Plan for Action for Malaysia today will submit about 10,000 postcards endorsed by the Malaysian community to the British High Commissioner, His Excellency Mr. Simon Featherstone.