IKRAM Teens Daerah Batu dilancarkan
BATU CAVES – Pada 15 Februari lalu, bertempat di pejabat IKRAM Daerah Batu, IKRAM Teens Daerah Batu telah dilancarkan. Perasmian majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda IKRAM Daerah Batu, Ammar Mohd Zain.
Dengan moto, “Menyerlah Jauh daripada Biasa”, IKRAM Teens menawarkan pelbagai aktiviti yang dapat meningkatkan kekuatan mental dan fizikal, antaranya paintball, futsal, bowling, dialog, ‘Remaja Raikan Ramadan’ dan ‘Meniti Usia Baligh’.
Surat Ikhwanul Muslimin untuk rakyat Amerika
(Surat ini ditulis oleh Abdel Moneim Abou el-Fotouh dan telah disiarkan dalam akhbar Washington Post, Khamis, 10 Februari 2011)
Seperti juga rakyat Mesir dari segenap lapisan masyarakat, kami dalam Ikhwanul Muslimin mengambil bahagian dalam kebangkitan popular untuk menggulingkan seorang diktator yang represif. Hampir keseluruhan rakyat Mesir menuntut pengusiran Hosni Mubarak dan rejimnya.
Dr Harlina diumum penerima Anugerah Saidatina Khadijah
SHAH ALAM – Ahli Jawatankuasa IKRAM, Prof Madya Dr Harlina Halizah Haji Siraj adalah antara lima penerima anugerah khas sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Selangor tahun ini yang diadakan di Stadium Melawati di sini.
Mesir: Ikhwanul Muslimin adalah ‘partner’ bukan ‘leader’
Melihat situasi di negara-negara Arab yang kian bergolak khususnya Mesir, wakil IKRAMedia telah bertemu Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad di pejabatnya pada Khamis 10 Februari 2011, bertujuan mendengar pandangan beliau mengenai kemelut kebangkitan rakyat yang terjadi itu.
Yang berikut adalah transkripsi penuh wawancara yang telah dilangsungkan bersama beliau.
Gejala Zina dan Pendidikan Seksualiti
Kenyataan Media
Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia
7 Oktober 2010 / 28 Syawal 1431H
GEJALA ZINA DAN PENDIDIKAN SEKSUALITI
1.0 Pertubuhan Wanita IKRAM Malaysia memandang serius ke atas pergaulan bebas dan gejala zina yang begitu membarah di kalangan masyarakat kebelakangan ini mengakibatkan meningkatnya kes-kes pembuangan bayi yang tidak berdosa. Perbincangan yang di paparkan di dada-dada akhbar pula tidak menampakan langkah penyelesaian yang menjurus kepada penyelesaian masalah ini ke peringkat akar umbi.
Aqsa Syarif bantu bina kilang roti di Gaza
KAJANG – Sebuah kilang roti akan dibangunkan di Gaza bagi memenuhi keperluan penduduk di wilayah yang sedang ditindas Zionis Israel. Untuk tujuan itu, satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Aqsa Syarif Berhad dengan sebuah NGO, The Islamic Society of Jabalia City (ISJ), Gaza dalam satu majlis yang diadakan di pejabat Aqsa Syarif dekat sini.