Konsert “Freedom for Palestine”

bdrop-kon-pal

KUALA LUMPUR – Konsert Freedom for Palestine anjuran Aqsa Syarif Berhad dan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah diadakan dengan jayanya pada malam Ahad 1 Mei 2011 di Dewan Muktamar, Pusat Islam. Konsert ini dianjurkan bersempena lawatan penganalisis Palestin dan Timur Tengah, Dr. Azzam Tamimi ke Malaysia. Konsert yang dihoskan oleh artis Wardina Safiyyah menampilkan beberapa artis dan tokoh terkenal antaranya Mirwana, Muadz, The Wayfares, Imam Muda Asyraf dan Saff-One.

Tinggalkan seruan berunsur perkauman

SERI KEMBANGAN – Seruan untuk memperkukuh jemaah, pasukan, kelompok atau bangsa tertentu semata-mata dan tidak diikat dengan ‘tali’ Allah adalah seruan yang kabur malah boleh mengundang pecah belah dalam masyarakat, demikian pandangan Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus dalam dinding laman sosial facebooknya pagi tadi.

Perasmian Kompleks IKRAM Johor

komp-1

JOHOR BAHARU – Ucapan dan majlis perasmian Kompleks IKRAM Johor telah disempurnakan oleh Presiden IKRAM, Ustaz Dr Mohd Parid bin Sheikh Ahmad, pada pagi Sabtu, 23 April 2011.

Muzakarah Belia IKRAM Selangor

SHAH ALAM – Muzakarah Belia IKRAM Negeri Selangor telah selesai bersidang di Pejabat IKRAM Shah Alam pada Sabtu, 24 April 2011 yang lalu. Sebanyak 45 perwakilan belia IKRAM daerah menyertai program muzakarah kali ini daripada sembilan daerah di negeri Selangor. Muzakarah dirasmikan oleh Norazmi Mat Noh selaku Ketua Unit Belia IKRAM Pusat dan diteruskan dengan Pembentangan Pelan Strategik Belia IKRAM Selangor oleh Ketua Pemuda IKRAM Selangor, Shahrul Aman Shaari.

IKRAMTeens bantu bimbing pesalah juvana

SEPANG – Dalam rangka mendidik dan membangunkan remaja yang bermasalah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor dengan kerjasama dan IKRAMTeens Wilayah Persekutuan dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) baru-baru ini telah menganjurkan program pembangunan sahsiah remaja, “Keindahan Bersama-Mu” (KBM).

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia