Merungkai salah tanggapan terhadap Islam melalui teater

Teater yang dipentaskan di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPac) itu ditaja oleh Hidayah Centre dan Pertubuhan IKRAM Malaysia dan dipersembahkan dengan hasrat agar orang Islam mendapat pedoman bagaimana menghapuskan prasangka yang tidak berasas terhadap Islam dan seterusnya meredakan ketakutan mereka terhadap agama suci ini.

Selain itu, persembahan ini juga sesuai untuk semua golongan sekali gus dapat menjelaskan salah tanggapan masyarakat bukan Islam terhadap Islam dan ia sangat sesuai untuk masyarakat majmuk Malaysia.

islamofobia

Objektif lainnya adalah merungkai beberapa tanggapan salah mereka terhadap Islam, contohnya masuk Islam adalah masuk Melayu, masuk Islam akan memutuskan perhubungan antara anak dengan ibu bapa, masuk Islam perlu menukar nama Islam dan sebagainya.

Menurut pengarahnya, Santhira Morgan, idea untuk mementaskan teater Islamophobia ini merupakan hasil pemerhatian yang selama ini dilakukannya, lebih-lebih lagi seperti yang berlaku di barat, ia merupakan isu yang hangat yang diperkatakan.

Kebanyakan penonton berasakan persembahan malam itu sungguh berbaloi kerana di samping merehatkan minda dengan sesuatu yang berbeza, mereka dapat meneguk mesej yang berharga. Ia sebagaimana yang pernah diperkatakan Penolong Setiausaha Agung IKRAM, Hj Mohd Yaakub Idris bahawa persembahan teater tersebut merupakan satu kritikan sosial agar orang Islam mempertingkatkan usaha mereka membetulkan salah tanggapan bukan Islam dan seterusnya mengurangkan atau menghapuskan Islamofobia.

IKRAM juga berharap agar teater ini dapat menggalakkan perbincangan yang sihat berkenaan satu tajuk yang amat penting dalam kehidupan masyarakat berbilang agama seperti Malaysia.

Teater tersebut dipentaskan oleh Serious Comedy Studio dengan skrip asalnya ditulis oleh Santhira sendiri, sementara Dr Osman Chua dari Kulliyah Usuluddin, Universiti Islam Antarabangsa dilantik untuk menyelia dan meneliti kandungan skrip tersebut bagi memastikan ia tidak terpesong daripada ajaran Islam.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia