Hentikan Sengketa, Tumpu Usaha Pembinaan Negara

Berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada Sabtu lepas menandakan pukulan gendang bermulanya kembali kerja-kerja membaik pulih dan memajukan negara. Melaksanakannya dengan penuh komitmen melalui kesepakatan dan kerjasama tanpa mengira latar belakang harus menjadi prinsip yang tersemat kemas. Mandat rakyat telah diberikan kepada pemimpin yang terpilih. Tiba masanya untuk melaksanakan janji yang ditabur […]
PRN: Kempen Bentang Pencapaian vs Serang Lawan

Menghitung hari ke tarikh hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi enam ngeri, semakin rancak kempen yang menghangatkan suasana. Malangnya, di sana-sini kempen bersifat melampau keras, berbaur penghinaan dan saling merendahkan lebih kerap disajikan oleh ahli-ahli politik dan para penyokong. Lemparan kata-kata nista meluncur laju bagaikan tiada salah. Ahli politik semakin terperangkap dalam kempen berorientasikan […]
PTI 2023: Perhimpunan Tahunan IKRAM Kembali

SERI KEMBANGAN – Perhimpunan Tahunan IKRAM (PTI) kembali semula tahun ini setelah beberapa tahun tidak dapat diadakan. Tahun 2018 merupakan penganjuran terakhir PTI iaitu sebelum pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia pada 2020. Ramai antara kita sudah terpisah dan jarang bersua muka sejak norma baru yang membuka peluang berjumpa dan berinteraksi di alam maya. Maka, bertepatan […]
Wanita Seimbang Keluarga, Kerjaya: Apa Solusinya?

Pada era prakemerdekaan, pintu buat golongan wanita untuk mendapat peluang pendidikan tidak dibuka dengan meluas. Namun, selepas kedatangan Dasar Ekonomi Baru sekitar tahun 1970an, kerajaan telah menekankan penglibatan wanita dalam bidang pekerjaan sehingga membuka peluang yang luas kepada wanita untuk terlibat dalam bidang pendidikan. Ekoran daripada itu, bilangan kaum wanita yang mendapat pendidikan semakin bertambah. […]
Kebakaran Hutan: Greece ‘Berperang’ Dengan Api

Beberapa orang diragut nyawa menjadi mangsa kebakaran di Greece yang berlanjutan sejak lebih seminggu yang lalu. Sehingga kini, api masih marak dan belum berjaya dipadamkan. Cuaca panas, kering dan berangin telah menyukarkan kerja memadamkan api. Sebaliknya apa terus marak membakar hutan kering di negara Mediterranean itu. Pada 25 Mei lalu, tentera udara melaporkan dua juruterbang […]
Rotan Kanak-kanak: Antara Budaya dan Agama

Bayangkan anda melakukan kesalahan dan kemudian ditegur secara kasar. Setelah itu, anda dimasukkan ke bilik dan dirotan. Adakah anda akan menginsafi diri? Bagaimana pula keadaan sekiranya anda ditegur secara baik dan diberikan peluang pula untuk memperbaiki kesalahan. Adakah anda rasa ingin berubah dan mahu perbaiki diri? Isu yang mahu diambil perhatian ialah terlalu banyak kes […]