MyCARE Salur Sumbangan RM2.6 juta ke Gaza

MyCARE Salur Sumbangan RM2.6 juta ke Gaza | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah berjaya menyalurkan RM2.6 juta bantuan kemanusiaan ke Gaza termasuk bekalan air bersih, perubatan, pek makanan, makanan panas, selimut dan set duvet.

Baru-baru ini, delegasi MyCARE yang diwakili oleh Dr Muhammad Munawar Mohamed Hatta dan Syed Muhammad Radhi Syed Sakkaf telah sampai di Mesir bagi menguruskan bantuan tersebut. 

Bekalan air bersih merupakan keperluan asas yang sedang kritikal di Gaza. Dilaporkan 95 peratus penduduk Gaza kekurangan bekalan air bersih yang boleh mencetuskan krisis kesihatan. Sebanyak 31,680 botol air mineral 600ml disumbangkan bagi tujuan makan, minum dan perubatan. 

Dalam usaha mendapatkan bekalan air minuman bersih dalam kuantiti yang banyak untuk dihantar terus ke Gaza, pihak MyCARE mendapatkannya daripada pengeluar dan bukan pembekal. Tujuannya adalah bukan sahaja untuk memperoleh harga yang lebih rendah, tetapi juga untuk memastikan bekalan yang tidak putus.

Dalam perkembangan berkaitan, bantuan perubatan MyCARE berjumlah RM500,000 menerusi Ops Ihsan telah sampai dan sedang dimanfaatkan sepenuhnya di bahagian selatan Gaza. 

Operasi ini merupakan hasil kerjasama bersama kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri. Bekalan perubatan ini telah disambut awal oleh Palestinian Red Crescent yang berhubung terus dengan staf MyCARE di Gaza bagi mengesahkan bekalan perubatan yang telah diterima. 

Ketua Pegawai Eksekutif Salama Charitable Society, Abdullah El-Hajr menzahirkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia di atas sumbangan dan keprihatinan yang ditunjukkan ke atas rakyat Gaza.

Pengurus MyCARE Gaza, Dr Ziad Shehada memberitahu bahawa MyCARE telah dikenali oleh para menteri, pihak hospital dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain sebagai NGO yang komited dalam usahanya memberikan bantuan di lapangan. Staf MyCARE di Gaza telah menguruskan bantuan dengan sebaik-baiknya. 

Bagi menghargai dan mengiktiraf usaha para pekerja hospital telah bertungkus lumus merawat mangsa perang tanpa mengira penat lelah, MyCARE Gaza telah menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan di Gaza yang diwakili oleh Pengurus Besar Hospital Syuhada’ Al-Aqsa, Dr Iyad Abu Zaher.

Kerjasama ini bertujuan untuk menawarkan bantuan kewangan kepada 1,600 kakitangan hospital yang telah bekerja tanpa gaji sejak dua bulan yang lalu. Mereka merupakan pasukan barisan hadapan yang setia berkhidmat tanpa meninggalkan pesakit sejak konflik serangan 7 Oktober yang lalu. 

Dr Iyad turut menzahirkan penghargaan atas komitmen yang diberikan oleh MyCARE bagi menampung bantuan kewangan tersebut, melalui surat penghargaan yang diterima Dr Ziad (foto).

MyCARE mengambil inisiatif ini sebagai menunjukkan sokongan kepada mereka bagi mengekalkan prestasi terbaik mereka dalam suasana yang mencabar dan masih tidak menentu.

Salurkan sumbangan anda kepada Palestin melalui pautan mycare.qrd.by/palestin. Info lanjut perkembangan Palestin dilayari di pautan https://linktr.ee/palestindihati

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia