Pertandingan Boling Erat Ukhuwah Kakitangan, JKP IKRAM

PUTRAJAYA – Badan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) dengan kerjasama Jabatan Pentadbiran Ibu Pejabat (JPIP) IKRAM telah menganjurkan Pertandingan Boling bagi kakitangan dan Jawatankuasa Pusat (JKP) IKRAM. Perlawanan yang diadakan di IOI City Mall, Putrajaya pada Isnin, 24 Jun lalu bukan sekadar aktiviti rekreasi, tetapi merupakan kaedah strategik dalam mewujudkan keseimbangan antara kerja dan kehidupan. […]
Sembang Santai ‘Anak Muda Hero Keluarga’ 29 Jun Ini

SERI KEMBANGAN – Keupayaan bapa untuk memimpin dengan hikmah dan kasih sayang mencipta persekitaran yang harmoni dan positif di dalam keluarga, akhirnya akan menyumbang kepada kestabilan sosial dan kemajuan masyarakat. Menyedari hakikat peranan bapa sebagai watak pembina dalam sesebuah keluarga, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menganjurkan program Sembang Santai ‘Anak […]
Handala: Dua Rakyat Malaysia Sertai Pelayaran ke Gaza

SERI KEMBANGAN – Dua orang peserta daripada MyCARE yang mewakili Malaysia kini sedang menyertai misi pelayaran ‘For the Children of Gaza’ iaitu Hj Mohd Isa Maarof dan Ibrahim Adham A. Khalil. Ia merupakan satu lagi misi pelayaran yang dilancarkan Freedom Flotilla Coalition (FFC) pada tahun ini selain misi ‘Break The Siege’, yang sedang berlayar menaiki […]
Kepentingan Membaca: Bina Negara, Tamadun dengan Iqra’

Peristiwa turunnya wahyu pertama melalui Surah al-’Alaq di Gua Hira’ merupakan detik yang amat bermakna dalam sejarah kemanusiaan. Ia menandakan permulaan era tamadun baharu yang membawa cahaya kebenaran dan petunjuk bagi seluruh umat manusia. Ketika itu, kuasa-kuasa besar dunia dari tamadun Rom dan Parsi berada di ambang keruntuhan dan sering terjerumus dalam pertelingkahan serta peperangan. […]
MCA Kunjungi IKRAM Bina Hubungan, Bertukar Pandangan

SERI KEMBANGAN – Biro Penyelarasan Pergerakan Masyarakat MCA telah membuat kunjungan hormat ke Pertubuhan IKRAM Malaysia pada hari ini bagi membina hubungan profesional antara kedua-dua belah pihak pada Selasa. Ini adalah kunjungan kedua daripada pihak MCA sejak kunjungan Biro Undang-Undang Pemuda MCA pada tahun 2017. Berlangsung secara terbuka dan harmoni, ziarah ini bertujuan untuk saling […]
Bukan Sekadar Boikot Barangan, Lihat Skop Lebih Luas

KUALA LUMPUR – Kempen boikot terhadap syarikat-syarikat yang menyokong Israel telah mendapat sambutan yang meluas di peringkat antarabangsa termasuk di Malaysia sehingga mengakibatkan kerugian yang signifikan pada syarikat-syarikat yang terlibat. Situasi ini telah menimbulkan perbincangan yang hangat dalam kalangan rakyat Malaysia. Justeru, forum bertajuk “Boikot Syarikat yang Bersekongkol dengan Israel: Merugikan atau Menguntungkan?” telah diadakan […]