Audit Antarabangsa: Aqsa Syarif terima penghargaan Bank Negara

Aqsa Syarif telah dicalonkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Bank Negara Malaysia pada November lalu untuk mewakili Malaysia dalam sesi Mutual Evaluation Exercise (MEE) On-Site Assessment yang dikendalikan oleh sebuah badan antarabangsa, Financial Action Task Force (FATF).

FATF adalah sebuah badan antarabangsa yang berperanan menetapkan piawai dan memastikan pelaksanaan langkah-langkah efektif dari sudut undang-undang, pengawalaturan dan pengoperasian, bagi memerangi aktiviti pengubahan wang haram, pembiayaan kegiatan pengganas dan ancaman-ancaman yang seumpamanya dalam usaha memelihara integriti sistem kewangan antarabangsa.

Pengurus Besar Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE), Tn Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, Aqsa Syarif amat berbangga dapat mewakili negara dalam sesi MEE ini dan telah memberikan komitmen dan kerjasama sepenuhnya kepada SSM dan Bank Negara bagi memastikan Malaysia mendapat maklum balas yang positif daripada FATF.

“Alhamdulillah, minggu ini Aqsa Syarif menerima penghargaan daripada Bank Negara atas komitmen dan kerjasama yang telah diberikan.

“Kami juga dimaklumkan bahawa hasil penilaian yang diperoleh akan dimuatkan dalam laporan Malaysia yang akan dibentangkan di Sidang Pleno dan Mesyuarat Kumpulan Kerja FATF yang akan berlangsung pada bulan Jun 2015 nanti,” tambahnya.

Kamarul Zaman merakamkan penghargaan kepada SSM dan Bank Negara kerana memberi kepercayaan kepada Aqsa Syarif untuk mewakili negara dalam sesi penilaian ini.

Baginya, kepercayaan tersebut merupakan pengiktirafan kepada kerja-kerja kemanusiaan yang telah dijalankan sepanjang lebih empat tahun penubuhan Aqsa Syarif.

Mewakili Aqsa Syarif, beliau turut memberikan penghargaan tinggi kepada rakyat Malaysia yang telah memberi kepercayaan penuh kepada Aqsa Syarif untuk menguruskan derma Palestin yang telah disumbangkan.

“Penghargaan yang diterima oleh Aqsa Syarif daripada Bank Negara pada hari ini juga merupakan penghargaan buat rakyat Malaysia yang selama ini berdiri teguh di belakang Aqsa Syarif,” katanya.

Aqsa Syarif kini bernaung di bawah MyCARE, sebuah agensi kemanusiaan di bawah IKRAM sebagai salah satu langkah pemerkasaan bantuan kemanusiaan sejagat daripada rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin, Syria, Iraq, Rohingya dan pelbagai negara lain yang memerlukan bantuan. Selain Aqsa Syarif, MyCARE turut menaungi i4Syria, Salam Iraq, Nusantara Care, Rose2Rose dan Palestine Centre of Excellence (PACE).

Sumber: http://on.fb.me/1AWA0WW

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia