AQSA TO GAZA 17 (A2G17): Misi Akademia ke Gaza

AQSA SYARIF yang secara berterusan menganjurkan pelbagai aktiviti, kempen dan kutipan dana kemanusiaan untuk Palestin semakin mendapat kepercayaan badan-badan korporat dan agensi-agensi kerajaan. Melalui perkongsian pintar dengan UTM, UPM dan UNITEN, Aqsa Syarif telah memulakan inisiatif memberikan biasiswa keada pensyarah di Universiti Islam Gaza untuk menyambung belajar di universiti-universiti di Malaysia selain biasiswa yang turut ditawarkan oleh beberapa universiti tempatan kepada rakyat Palestin.

Aqsa Syarif telah menjalin kerjasama dengan beberapa universiti tempatan serta Persatuan Saintis Islam Malaysia (PERINTIS) di dalam usaha memperkasakan sumbangan di dalam sektor pendidikan di Palestin.

MISI A2G17 – Misi Akademia Ke Gaza yang bertolak pada  21 Jun 2013 di KLIA akan berada selama lima hari di Gaza adalah lanjutan dari 16 Misi kemanusiaan Aqsa Syarif sebelum ini dan usaha-usaha kerjasama dengan IPT-IPT dan NGO-NGO di Gaza.

Misi Akademik ke Gaza (A2G17) yang turut disertai wakil PERINTIS bertujuan untuk meningkatkan bantuan Aqsa Syarif di dalam sektor pendidikan di Gaza.  Selain itu penyertaan PERINTIS adalah untuk meneroka peluang kerjasama penyelidikan dan bantuan kepakaran yang akan dijalin di antara saintis di Gaza dengan saintis di Malaysia.

PERINTIS diwakili oleh Prof Madya Dr Badlishah Sham bin Baharin yanag juga pensyarah di Universiti Putera Malaysia (UPM) dan Prof Madya Dr  Norita bt Norwawi yang juga pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Manakala Aqsa Syarif di sertai oleh Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar yang juga Pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan En Hamiludin Darus.

Bersempena misi A2G17 ini (misi ke 17 Aqsa Syarif ke Gaza), Aqsa Syarif Berhad dengan ini memaklumkan bahawa semenjak 2010, sejumlah RM16.5 juta telah dapat disalurkan ke Palestin  melalui lebih 60 projek-projek kemanusiaan yang merangkumi sektor makanan, kesihatan, pendidikan dan sosio-ekonomi. Sebanyak 23 projek yang nilainya RM3.785 juta (23%) adalah peruntukan projek-projek berkaitan pendidikan untuk rakyat Palestin. Sumbangan di sektor pendidikan yang disalurkan Aqsa Syarif merangkumi projek pembangunan (tadika, komuniti, sekolah dan Universiti), pentadbiran dan biasiswa untuk pelajar-pelajar Palestin melanjutkan pelajaran di peringkat kolej dan universiti di Palestin dan di Malaysia.



Bersempena Misi Akedemik ke Gaza ini, para delegasi Malaysia akan melawat beberapa projek yang sedang berjalan dan baru yang disumbangkan rakyat Malaysia. Aqsa Syarif juga akan menanda tangani beberapa dokumen persefahaman (MoU) projek-projek baru dan membuat serahan bantuan untuk projek-projek bantuan baru yang berjumlah RM1.08 juta iaitu sumbangan penyiapan pembinaan dewan kuliah dan masjid di Universiti Al-Aqsa Gaza, menaiktaraf makmal perubatan di Universiti College of Applied Science (UCAS) Gaza, sumbangan biasiswa kepada 10 pelajar Islamic University of Gaza (IUG) dan 10 pelajar UCAS, bantuan pembinaan bangunan baru sekolah Agsan Wa Afnan di Beithlahya dan bantuan kelengkapan makmal sains di sekolah anak-anak yatim As-Solah dan Sekolah Khadijah di Gaza.

Penyertaan oleh beberapa wakil IPTA dan IPTS serta PERINTIS Insya Allah akan memberi peluang cendikiawan Malaysia memberikan sumbangan yang bermakna kepada pembangunan modal insan rakyat Palestin khususnya dan dan akan meletakkan ahli akademik dan saintis di Malaysia memberi sumbangan berkesan di dalam membela naib rakyat Palestin serta ummah keseluruhannya.

Aqsa Syarif menyeru orang ramai agar terus menghulurkan sumbangan tabung kemanusiaan Palestin ke akaun Maybank Islamic 551575004299 atau Bank Islam 12092010034904.

Aqsa Syarif juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang serta semua pihak, khusunya para pihak  media yang sentiasa memberikan kerjasama padu di atas usaha-usaha murni Aqsa Syarif.

“MEMPERKASA UMMAH, MEMBEBASKAN AL-AQSA”


Professor Madya Dr Hafidzi Mohd Noor

PENGERUSI

AQSA SYARIF BERHAD

18-2, JALAN DAMAI MEWAH 2,

TAMAN DAMA MEWAH,

43000, KAJANG,

SELANGOR.


Email: admin@aqsasyarif.org.my

Website: www.aqsasyarif.org.my

(Sumbangan Palestin; Maybank 551575004299 atau Bank Islam 12092010034904)


Maklumat lanjut:

a. Muhammad Aiman Mohd Zin (Pegawai Perhubungan Aqsa Syarif) : 013-2213427

b. Dr. Hafidzi Mohd Noor (Pengerusi Aqsa Syarif) : 019-3344009

c. Prof. Madya Mohd Zin Kandar ( Sekretariat Misi A2G17) :019-7342539

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia