Aplikasikan pembelajaran bermakna

Beliau berkata demikian semasa pembentangan utama bertajuk ‘Sekolah Rahmah: Ke Arah Pendidikan yang Lebih Bermakna’ dalam Kolokium Kebangsaan Pendidikan Islam 2019 yang berlangsung pada 21 Disember lalu di sini.

“Antara hala tuju yang perlu dijelaskan seperti yang terkandung dalam surah at-Tahrim ayat ke-6, Allah telah berfirman supaya kita menjaga diri dan keluarga daripada neraka dan bahan bakarnya,” ujarnya.

Menurutnya, pendidikan bermakna itu mestilah membawa kepada pengislahan diri dan murid-murid haruslah sentiasa terinspirasi untuk merubah diri ke arah yang lebih baik.

Beliau juga mengupas secara terperinci mengenai ciri-ciri pembelajaran bermakna di sekolah dan perbezaannya dengan pendidikan bermakna.

“Sesuatu pembelajaran itu bukan hanya menerangkan tentang fakta tetapi murid-murid boleh mentafsirkan fakta yang telah mereka pelajari kepada realiti.

“Dan apabila kita berbincang tentang nilai, murid-murid itu sendiri boleh menterjemahkannya dan mengaitkannya dengan tindakan, dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian,” jelas Puan Kamaliah.

Kolokium Kebangsaan Pendidikan Islam 2019 diadakan bertujuan menyediakan satu platform perkongsian ilmu tentang aplikasi strategi pedagogi terkini dan amalan terbaik guru-guru dalam PdPc yang mengaplikasikannya.

Kolokium ini turut membentangkan kajian penyelidikan ilmiah yang mampu merealisasikan transformasi pendidikan terkini serta kajian tindakan yang sinonim dengan transformasi dan inovasi dalam pendidikan IR 4.0.

Ia dihadiri kira-kira 200 orang peserta terdiri daripada ahli-ahli lembaga pengelola sekolah, pengetua-pengetua, guru besar-guru besar, para guru dan ibu bapa.

Dalam kolokium dua hari yang dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK), Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, sebanyak 20 kertas kerja berkaitan pendidikan Islam telah dibentangkan.

Ia turut diserikan dengan ceramah perdana yang bertajuk ‘Maqasid Syariah dan Konsep Rahmah’ oleh Ustaz Haji Alias Othman pada sebelah malamnya.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM merangkap Pengerusi IKRAM MUSLEH, Prof Dr Omar Yaakob dan Pengarah Eksekutif IKRAM MUSLEH, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor.

Sumber: IKRAM MUSLEH

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia