“Fokus misi kali ini ialah mengikuti Persidangan Penjaga-penjaga (Murabitat) al-Quds di Istanbul,” jelas wakil penganjur, Rose2Rose.
Seterusnya, anggota misi G.O.S 3 akan menyampaikan bantuan kaki dan tangan palsu (artificial limbs) kepada pelarian Syria di Antakya dan Gaziantep, Turki.
“Bantuan kaki dan tangan palsu ini adalah hasil daripada sumbangan orang ramai terutamanya para peserta Walk4Humanity yang berlangsung pada 10 April lalu.”
Menurut wakil Rose2Rose, dana untuk kaki dan tangan palsu ini masih diperlukan. Setakat ini, sumbangan yang terkumpul hanya cukup untuk menampung empat orang kanak-kanak daripada 22 yang disasarkan.
“Delegasi kali ini juga akan mengaudit Pusat Komuniti Wanita Rose2Rose di Hatay yang baru dibina.”
Anggota misi kali ini terdiri daripada enam orang iaitu Puan Norsham Abu Bakar (Setiausaha Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE) selaku Ketua Misi G.O.S 3, Dr. Fauziah Hassan (Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE), Puan Mas Ahmad Jonid (aktivis R2R), Puan Atikah Muhd Khuzaimi (Pengurus Projek R2R), Abdul Qayyum Faiz (aktivis MyCARE) dan Hafsah.
Untuk tajaan kaki dan tangan palsu, Rose2Rose turut menyeru agar menyumbang ke akaun Maybank 5642 5856 0698 atas nama Humanitarian Care Malaysia Berhad serta memaklumkan slip sumbangan kepada r2r@mycare.org.my atau 013-3041604 untuk resit.
Selain itu, penyumbang juga boleh menggunakan pilihan JomPAY di menu “Bill Payment” dengan Biller Code MyCARE iaitu 6197, memasukkan butiran “Ref: Kaki Palsu” dan mengesahkan sumbangan.
Sumber: Rose2Rose