Ambil iktibar daripada Itali

Jika kita lupa siapa Itali, mari aku ingatkan. Itali merupakan juara Piala Dunia sebanyak empat kali. Itali adalah pusat rujukan fesyen dari seluruh dunia. Itali adalah pengeluar jentera jalan raya paling hebat di dunia seperti Ducati, Ferrari, Lamborghini dan Maserati.

 

Itali juga yang memulakan era Renaissance seterusnya mengubah haluan sejarah eropah dan dunia amnya. Itali secara literal adalah ‘The Great Roman Empire’ yang pernah menerajui ketamadunan manusia hampir 1,000 tahun lamanya.

 

Pada era moden, sebagai salah sebuah negara maju di Eropah kita terkejut dengan situasi COVID-19 yang tidak terkawal di Itali. Apa yang kita dengar dan baca, kerajaan Itali lambat bertindak dan rakyat Itali degil tak ikut arahan maka sebab itu wabak merebak dengan cepat sampai tak terkawal.

 

Tapi takkan sebab itu saja? Aku berborak dengan kawan aku Redza Yusoff yang pernah tinggal di Itali, fasih berbahasa Itali, faham sikap dan budaya masyarakat di sana. COVID-19 ibarat bom jangka, ‘final blow’ yang hanya melengkapkan huru hara sistem di sana. Terdapat enam ‘key point’ tentang masyarakat Itali yang kita perlu faham.

 

Pertama, masalah birokrasi yang teruk.

 

Itali merupakan negara maju yang paling teruk tahap birokrasinya. Kalau kita katakan Malaysia ada masalah birokrasi, maka Itali berkali ganda lebih dasyat. Untuk laksanakan sesuatu perkara, mereka tidak boleh ‘adhoc’ walaupun hal tu maha penting.

 

Contohnya, bila sebaran wabak bermula di Wuhan, kerajaan Itali ambil masa yang sangat lama untuk sekat penerbangan keluar masuk. Sekatan hal ehwal kelulusan itu dan ini, sebelum semuanya ‘in place’ – kemudian henti penerbangan.

 

Tambahan pula, kes semacam ini adalah belum pernah terjadi (unprecedented), lagilah tak boleh bagi arahan sesuka hati.

 

Sebab itu, walaupun beberapa hari lalu (sebelum 23 Mac), sebahagian pengangkutan awam masih terus beroperasi di sekitar Itali – keadaan semakin huru hara tapi birokrasi mesti kena ikut dulu, jadi tak boleh hentikan itu ini sampailah ‘everything in place’ – walaupun tengah dalam mod bencana.

 

Kedua, tidak efisien.

 

Yang ini melibatkan gaya hidup. Rakyat Itali ini tiada yang lebih penting pada mereka bila datang masa makan tengah hari dan masa untuk famili. Ruang peribadi adalah hal paling utama. Tak payah la kau nak cakap hal lain lagi penting sebab budaya mereka dah dididik untuk utamakan ruang peribadi.

 

Tengok filem Godfather, macam mana mafia-mafia ini, walau jahat macam mana pun, masa untuk famili mesti diutamakan; layan anak-anak, makan sama-sama, mesyuarat penting macam mana pun letak belakang dulu.

 

Oleh yang demikian, respons mereka kepada kecemasan adalah sangat perlahan, kerana tiada kecemasan melainkan setelah selesai hal-hal peribadi mereka.

 

Ketiga, pemusatan ekonomi.

 

Kita kena tahu pusat ketuanan ekonomi Itali ini berpusat cuma di dua bandar, Rome dan Milan. Selain daripada dua bandar ni, tak ada apa sangat melainkan pusat pelancongan dan pertanian di kampung-kampung yang tidak signifikan dalam menyumbang peningkatan ekonomi keseluruhan.

 

Rome dan Milan ni macam enjin yang jana ekonomi seluruh Itali, segala-galanya di sana. Tempat lain selain itu tak dapat nak berdikari sepenuhnya.

 

Kepada mereka yang tinggal di tempat lain seperti Florence, Venice, itu merupakan kemewahan tinggalan masa ‘Magical Era of Italian Economic’ sekitar tahun 1960 hingga 1980 dahulu.

 

Ya, Itali pernah melalui zaman ekonomi emas mereka selepas tamat Perang Dunia Kedua; perusahaan, automotif, industri berat, keretapi, perkapalan. Mereka menjadi pusat tumpuan bekalan Eropah.

 

Oleh sebab kekayaan disebar kepada kebanyakan rakyat, atuk nenek di kampung pun banyak duit beli tanah buat rumah besar hasil kemakmuran ‘Magical Era’ puluhan tahun yang lalu, maka menjurus anak-beranak dan cucu duduk tinggal sekali sebumbung.

 

Bila mereka tinggal di pedalaman (sub-urban), udara segar, makan makanan segar, sayuran dan ternakan dan gaya hidup sihat, kesannya mereka ini sihat. Bila sihat, panjanglah umur.

 

Statistik daripada Italy Research Department beritahu, warga tua di Itali (umur lebih 65) setakat tahun 2019 adalah sebanyak 22 peratus daripada keseluruhan penduduk. Jadi perkara ini menjurus kepada poin keempat.

 

Keempat, masyarakat warga tua.

 

Kita tahu COVID-19 lebih rancak dalam badan warga tua. Mangsa paling banyak kena serang merupakan warga tua. Itali dalam hal ini kurang bernasib baik kerana kadar sakit dan kematian paling ramai dalam kalangan warga tua.

 

Bila Lombardy dan Lazio ‘lockdown’, rakyat balik kampung rumah mak ayah, atuk nenek. Maka, selesailah COVID-19 dapat jumpa semua orang tua-tua di kampung, jadi ‘makanan’ dia.

 

Kelima, pengasingan (isolation).

 

Ini suatu hal yang unik. Seperti yang aku beritahu di perenggan awal, Itali merupakan negara yang penuh sejarah gilang gemilang. Mereka ada Empayar Roman, mereka melahirkan ramai ahli falsafah, pemimpin dunia dan mereka melahirkan para artisan yang mencorak mata seni manusia.

 

Mereka juga memulakan era Renaissance, ketua agama (Pope) Kristian di dunia dan segala sejarah keagamaan Kristian bermula daripada kelahiran Nabi Isa juga semuanya ada di Vatican.

 

Berapa punya ramai para genius dan pakar dalam pelbagai bidang (polymath) yang telah Itali lahirkan sepanjang dunia ini berputar? Marco Polo, Cristopher Colombus, Dante, Michelangelo, Leonardo Da Vinci, Galileo, Machiavelli, Verdi dan Puccini. Ahhh… sekadar memetik beberapa nama.

 

Ini belum kita kira Paulo Rossi, Dino Zoff, Baresi, Roberto Baggio, Fabbio Cannavaro, Nesta, Buffon, Del Piero, Maldini, Pagliuca dan ‘super legend’ Giuseppe Meazza.

 

Okey, jadi apa kaitan sejarah hebat Itali dengan isu pengasingan? Mudah. Mereka masih ada mentaliti yang mereka merupakan bangsa yang hebat: ‘From the descendants of the great empire of Rome!’ (Daripada keturunan empayar Rom yang hebat!).

 

Oleh sebab itu, mereka tak berapa peduli apa jadi di dunia luar, ‘they couldn’t care less’, tak berapa penting. Keprihatinan mereka adalah antara trieste and puglia (utara dan selatan) negara Itali sahaja. Masalah di luar, bukan masalah kami. Lebih kurang begitu.

 

Dan yang terakhir, mereka tidak bekerja dengan sepatutnya (they don’t work like they used to).

 

Itali punya kebajikan kepada rakyat sangat mantap. Manfaat insurans and rawatan, perlindungan pekerjaan dan segala macam perlindungan sosial seolah-olah membuatkan rakyat mereka terlalu ‘chill’ dan relaks. Hidup ‘just cool’.

 

Apa jadi pun tak perlu panik, tak perlu kalut, tak perlu tergocoh, tak perlu risau sangat sebab masih ada kopi espresso yang perlu dihirup. Memang manja.

 

Situasi di Malaysia?

 

Atas semua yang semacam itulah berlakunya apa yang dunia saksikan di Itali sekarang. Sikap pemerintah dan rakyat merekalah yang menjadi kayu ukur dalam menilai keberkesanan ketika menghadapi krisis, bukan menyalahkan tetapi mengambil pengajaran.

 

Setakat ini (29 Mac jam 8.00 pagi), angka kematian di Malaysia akibat COVID-19 pula sudah mencecah 27 orang dengan 159 kes baru hari ini dengan jumlah 2,320 kes positif keseluruhan.

 

Anggaran daripada pihak berkuasa, terdapat 3 juta rakyat yang masih tak peduli MCO (Perintah Kawalan Pergerakan). Ya, 3 juta yang duk merayau tak semena-mena berkumpul, bersembang dan melepak.

 

Tuan puan, di Malaysia, sikap (nature) masyarakat kita mungkin berbeza dengan Itali. Tapi satu benda yang pasti sama, kalau kita terus degil buat kepala tak mendengar kata, maka tunggulah lagi besar bencana tiba. Tolong dengar kata.

 

Siri Sudut Pandang Masyarakat (4)

Adaptasi sumber: Whatsapp

Kredit foto: Euronews

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia