Amal Konsep Tasamuh Dalam Bermasyarakat

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyeru agar Keluarga Malaysia mengamalkan konsep tasamuh dalam bermasyarakat dan menjadikan ia perkara utama untuk bergerak ke hadapan sejajar dengan peredaran masa.

“Tasamuh adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud toleransi atau berlapang dada iaitu bersikap menerima serta damai terhadap sebarang keadaan, misalnya toleransi dalam agama adalah sikap saling menghormati hak serta kewajipan antara agama,” ujarnya ketika berucap pada perasmian Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 1443H/2022M di Pusat Islam Iskandar semalam.

Beliau berkata, dalam realiti Keluarga Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, sudah pasti kepelbagaian budaya serta adat resam menjadi satu keunikan yang perlu diraikan sekali gus mewujudkan masyarakat aman dan sejahtera.

“Mana-mana budaya yang tidak bertentangan dengan akidah Islam boleh disantuni tanpa sebarang stigma dan diskriminasi.”

Menurutnya, tasamuh adalah asas utama dalam menghadapi keragaman dan perbezaan bangsa dan agama lebih-lebih lagi dalam konteks negara Malaysia yang mempunyai kepelbagaian bangsa, agama, budaya serta bahasanya.

“Negara yang memiliki bangsa dan budaya majmuk seperti Malaysia, sikap toleransi atau tasamuh sangat penting sebagai alat untuk menyatupadukan semua pihak,” katanya yang bersesuaian dengan tema MTHQK kali ini iaitu ‘Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti.’

“Ia menjadi titik tolak bagi melahirkan generasi yang berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah untuk membentuk sebuah negara yang harmoni.”

Tambahnya lagi, penganjuran majlis itu juga bersesuaian dengan konsep tasamuh yang menekankan nilai toleransi dan kebersamaan selaras dengan konsep Keluarga Malaysia yang mampu menjadikan masyarakat di negara ini menghargai serta memahami nilai perbezaan.

“Dengan kecanggihan kemajuan teknologi, tiada alasan lagi untuk umat Islam tidak meluangkan masa mendengar atau membaca al-Quran. Ini kerana terdapat aplikasi al-Quran digital yang boleh dimuat naik dalam peranti seperti telefon pintar, tablet atau komputer riba. Ia dapat didengar pada bila-bila masa dan di mana jua kita berada.”

Ismail berkata, sebagai contoh dalam perjalanan ke sekolah dan pejabat, semasa mengharungi kesesakan lalu lintas dan juga di waktu senggang.

“Maka peluang keemasan seperti ini perlu diambil oleh seluruh umat Islam dalam mempertingkat amal ibadah kepada Allah SWT,” katanya.

Terdahulu, selepas dua tahun negara dilanda pandemik Covid-19, penganjuran majlis itu yang berlangsung selama enam hari mulai hari ini, menyaksikan seramai 110 orang mengambil bahagian dengan 29 menyertai Majlis Tilawah Al-Quran manakala 81 lagi menyertai Majlis Hafazan Al-Quran.

Kali terakhir Johor menjadi tuan rumah Majlis Tilawah Al-Quran ialah pada 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.

Foto: JAKIM 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia