Allahyarham Jusri istiqamah hingga ke akhir hayat

Kegigihan Allahyarham menghadiri program-program tarbiah sehingga pada akhir usianya dicemburui ramai orang dan menjadi inspirasi anak-anak generasi baru. Sekurang-kurangnya itulah yang terpancar dari sosok Naim Jusri, seorang anak muda hasil perkongsian hidup Allahyarham bersama Puan Fauzaniyah. Naim aktif menggerakkan program-program IKRAM  dan sangat sinonim dengan perjuangan membela rakyat Syria menerusi Gerakan Selamatkan Syria (GSS).

Sesungguhnya pemergian Allahyarham Jusri Jusoh amat dirasai seluruh warga IKRAM, sama ada yang telah lama bersama beliau dalam dakwah, yang baru mengenali beliau atau yang tidak pernah bersua muka dengannya. Inilah kehebatan ukhuwah…

Harith Roslizar, mewakili ikhwah dan akhawat IKRAM Australia mengungkapan maksud ayat al-Quran dari surah al-Ahzab ayat ke-23:

“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikit pun.”

Ramai yang mengetahui khabar sedih ini daripada Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor yang sejak mulanya memohon semua sahabat mendoakan kesembuhan Allahyarham. Pada jam 11.10 pagi Sabtu itu, Dr Hafidzi mengirim emel:

“Salam ikhwah akhawat. Akhi Jusri sdg berjuang. Dr sedang buat cpr utk revive jantung. mohon teruskan berdoa utk sahabat kita yg tsabat dlm sihat dan sakit.” – hmn.

Tetapi pada 11.25 pagi, berita ini pula menyusul:

“Ya. Dan akh Jusri sudah berangkat pulang kpd Tuhannya. Inna lillahi wa inna ilaihi raa jiun.” – hmn – Hosp Serdang (wad 7A).

Sejak pemberitahuan itu, bertalu-talu mesej muncul.

Daripada pimpinan IKRAM Pusat:

“As salam, Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un. Akhi Jusri seorang tokoh da’i yang disegani. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dimasukkan di kalangan orang-orang yang soleh. Salam takziah pada Kak Fauza, Naim dan seluruh ahli keluarga.”Syed Ibrahim Alhabshi.

Daripada pimpinan IKRAM Selangor:

“Ana tidak pernah lupa kepada para murabbi kita walaupun masa telah berlalu.

Ingin dimaklum masa kami ada tamrin ikhwah KIK yg diadakan di rumah akhi Jusri yg baru berkahwin. Baru balik dari UK dan menetap di Shah Alam. Rumah kosong . Yg ada hanya almari buku. Katil pun tak ada. Akhi Jusri kata buatlah macam rumah sendiri. Kami pulak yg rasa malu.

Teringat juga ziarah ke rumah beliau di Masjid Rusila. Masa tu rumahnya sebelah rumah Ust Abdul Hadi Awang. Teringat juga daurah di rumah beliau yg ana sampaikan bagi ikhwah tullab yg berada di UM tahun 2000-an.

Akh Jusri adalah saksi keistiqomahannya di dalam dakwah tetap thabat dan setia hingga ke akhir hayatnya…walaupun diuji sakit dan derita.

Semoga akhi Naim akan menjadi pewaris dakwah yang sama hebatnya Insya-Allah.”Ustaz Shamsul Maarif Ismail.

Daripada blogger:

“Innalillahi wainna ilaihi roji’un. Allahummaghfirlahu warhamhu… Ya Allah, Engkau ampunkanlah segala dosa al-Akh yanmang kami cintai almarhum al-Akh Jusri, Engkau himpunkanlah almarhum al-Akh Jusri bersama para syuhada siddiqiin. Engkau kurniakanlah tempat istirahat al-Akh almarhum di taman-taman dari taman-taman syurga-Mu. Ya Allah, Engkau ampunilah kami semua, Engkau perkenankanlah doa-doa kami ini… Amin ya Rabbal ‘Alamin…Barakallahu fiikum. Alfatihah.”Ustaz Hasrizal.

Dari Mesir:

“Aslm. Kami warga KIM di Mesir juga mengucapkan takziah kepada keluarga akh Jusri, Semoga rohnya di tempatkan ditempat yang mulia. Takziah juga kpda aiman jusri, warga kami di Mansurah, Egypt atas pemergian ayahanda tercinta.

Akhi jusri antara orang penting yang mentarbiah kami di KIK tahun 1981 bersama beberapa orang lain spt Dr Fauzi Yusuf, akh Morhalim, Prog Hj Ghani selain syeikh2 utama : Ust Dr Zawawi Ali, Us Shuib dll. Waktu itu, angkatan kami seprti Us Hasanuddin, Us Lokman, Us Shamsul Maarif, Us Qamarussalam, Us Shahrom dan ramai lagi.

Bait2 lagu hijaz, Kau sahabatku, kau teman sejati masih mengiang2 di telinga ini. Cuba dengarkan lagu ini dan hayati…. Amiiin.”Ustaz Haris Bain.

Dari Makkah:

“InnalilLahi wa inna ilaihi raajiuun dari ana dan zaujah di Makkah. Mula kenal almarhum 1984 di program cuti sekolah KIK di Mengabang Telipot K Trg. Insya-Allah kami solat ghaib dan mendoakan dari depan Kaabah untuk akh yang istiqamah ini walaupun dalam keuzuran.”Sukeri.

Daripada Wanita IKRAM:

“Inna lillahi wa inna ilaihi roji’uun.. Moga Allah SWT menerima segala amal solehnya dan  mengurniakan pahala dan ganjaran jannah. Salam takziah juga daripada kami untuk keluarga  yang ditinggalkan : kak Fauzaniyah, Naim Jusri, Hamnah dan seluruh ahli keluarga yang lain.” – Faridah Maludin.

“Ana bagi pihak Wanita IKRAM NS mengucapkan takziah kepada kak Fauzaniyah atas kepulangan ke rahmatullah suami tercinta, semoga Allah menempatkannya dalam syurga firdausi….Anak-anak antum teruskan perjuangan semoga Allah mempermudahkan urusan antum sekeluarga. Ana sekeluarga juga mengucapkan takziah atas pemergian akhi Jusri.”Minah Ahmad.

Daripada anak muda:

“InnaliLlahi wainna ilaihi rojiun… seorang qudwah generasi muda. Ana kagum dgn beliau yg berusaha hadir dalam program2 tarbiah walau terpaksa bertongkat utk datang suatu masa dulu. Satu kehilangan yg besar.”Ammar Mohd Zain.

(Ammar juga memberitahu, penasihat tarbiah IKRAM, Syeikh Mohamed Hamed Eliwa turut mendoakan roh almarhum dalam satu mesyuarat di Putrajaya).

Daripada mahasiswa:

“Mendengar cerita2 dari pak/mak cik ttg almarhum…… Ana dpt merasai kesedihan dan kehilangan beliau. Dpt merasai kehilangan satu permata dakwah ini. Walau ana tidak mengenali beliau.”Miqdad Abdul Aziz.

Dan daripada ahli-ahli IKRAM lain:

“Innalillahi wa inna ilaihi raaji’un. Allahummaghfirlahu warhamhu wa’aafihi wa’fu’anhu. Ucapan takziah kpd Ukht Fauza, Akh Naim dan keluarga.”Amali.

“Innalilla hi wa innailaihirajiun. Semoga Allah mengampuni dan merahmati sahabat kita ini. Ana bagi pihak semua warga IKRAM Pahang mengucapkan takziah kepada Ukhti Fauzaniyah, anak-anaknya Naim, Hamnah, Aiman dll serta semua ahli keluarganya yang lain. Teringat kali terakhir bertemunya semasa program Palestin bersama Dr Hafidzi di UIAM Kuantan tahun lepas. Masa tu dia ceria walaupun terpaksa bertongkat.

Semangatnya yang tak pernah luntur — walaupun uzur — akan terus memberikan inspira kepada kita semua. Tazkirah buat kita: Kita hanya menunggu giliran dan masih berpeluang menambah amal.”Samsuddin Abdullah.

“Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Sahabat lama yang banyak membantu ana ketika di Kuala Terengganu bermula tahun 1984 dahulu. Di ketika ana baru balik, umur masih 25 tahun, baru kahwin 1 tahun, berpindah ke Kuala Terengganu. Arwahlah yang dapatkan rumah sewa untuk ana. Pada 22 Jun 1984, zaujah ana sakit dan ana bawanya ke wad kecemasan. Keesokan harinya, arwah dan zaujahnya (ana lupa namanya, maaf) datang ke hospital dengan membawa beberapa helai kain lampin dan kelengkapan bayi untuk menyambut kelahiran anak sulung kami yang premature (7 bulan). Kami tak tahu, disebabkan anak yang pertama, maka sakit zaujah ana itu ialah kerana nak bersalin. Maka tiada sebarang persediaan dibuat.

Arwah Jusri dan zaujahnya benar-benar memberi semangat kepada kami di ketika itu. Ana ingat, dia seorang yang telah berjasa kepada ana dan keluarga.

Ya Allah, aku pohon kepadaMu, atas jasanya kepada manusia, maka Engkau ampuni segala dosanya. Masukkanlah dia bersama orang-orang soleh, selamat sejahtera di dalam Syurga FirdausMu. Semoga jasadnya tenang di alam barzah dan tiada apa pun yang dendam terhadap dirinya. Ameen, ya Rabbal alamin…” Abd Aziz Abdullah.


Demikianlah antara ucapan dan luahan hati para sahabat seperjuangan Allahyarham yang sempat dikongsikan di sini. Pastinya ada ratusan malahan ribuan lagi ikhwah dan akhawat yang memendam sentimen yang sama di luar sana. Begitulah teguhnya pasak ukhuwah… Ukhuwah Teras Kegemilangan.

Jenazah Allahyarham diuruskan di Hospital Serdang, manakaja solat jenazah dilaksanakan selepas solat Asar di Surau Buhairah, Bandar Bukit Mahkota. Setelah segala-galanya selesai, jenazah akh yang mulia ini disemadikan di tanah perkuburan Bandar Seri Putra.

Semoga roh Allahyarham Jusri Jusoh disambut meriah oleh para malaikat justeru tsabat dan istiqamahnya beliau di jalan dakwah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia