Allah sentiasa mendengar rintihanmu

Dalam kita mendepani cabaran kehidupan sehari-hari, pasti ada sahaja yang tidak kena di hati. Walaupun kita sudah berusaha untuk bersikap positif, namun ada sahaja perkara tidak diingini berlaku dan sangat menguji kesabaran kita.

 

Demikianlah sifat dunia. Selagi nyawa masih di kandung badan, selagi itulah pancaroba akan selalu berdatangan. Sehingga pada satu tahap kita terasa sudah tidak berdaya lagi, terasa beban begitu berat.

 

Di sekeliling kita, mungkin ramai yang bersimpati ketika kita dihempas ombak ujian begitu dahsyat. Mereka berkata, “Bersabarlah..” Begitu senang perkataan itu dilafazkan oleh lisan tapi hakikatnya yang merasai ujian hebat itu lebih terkesan. 

 

Bilamana kita berada dalam situasi yang menghimpit diri kita seolah-olah tiada lagi jalan keluar, ingatlah bahawa ada Allah sentiasa mendengar luahan hati kita. Dialah sepatutnya yang menjadi tempat pertama kita bersandar dan mengadu segala masalah.

 

Jangan malu untuk menjadi hamba yang ‘manja’ kepada Allah. Tidak mengapa andai kita selalu mengadu kepada-Nya, walau sekecil-kecil perkara sekalipun. Sesungguhnya, Allah suka kepada hamba-Nya yang selalu menyerahkan setiap urusannya kepada Allah. 

 

Daripada kita menangis bercerita sana sini kepada insan lain yang belum tentu dapat memberikan solusi yang tepat, adalah paling baik jikalau kita mengalir air mata meminta belas kasihan daripada Allah.

 

Pada akhir sepertiga malam, bangunlah untuk solat tahajud dan mintalah sungguh-sungguh kepada Allah akan penyelesaian setiap masalah yang sedang kita alami.

 

Percayalah bahawa andai kita rajin bangun malam, menangis bagaikan anak kecil meminta, merayu kepada Allah, insya-Allah, Dia tidak akan mengembalikan kita dengan tangan yang kosong.

 

Sebaliknya, satu persatu keadaan kita akan beransur membaik, satu demi satu tembok kesedihan, kegelisahan akan pecah, Allah akan berikan keceriaan semula dalam kehidupan kita. Yakinlah kepada Allah. 

 

Sebenarnya, ada satu nikmat paling besar yang Allah berikan kepada kita, tapi kita sedikit sekali menyedarinya, iaitu iman. Tanpa keimanan, siapalah kita. 

 

Dengan iman itulah, biiznillah, kita dapat memasuki syurga Allah. Sedangkan keadaan orang-orang kafir, tiada apa yang mereka harapkan pada hari akhirat melainkan akan dihumban ke neraka dengan pasti selama mana mereka tidak bersyahadah.

 

Manakala beruntungnya mereka yang telah memeluk Islam atau sudah terlahir Islam, beramal dengan Islam, satu-satunya agama yang diredai oleh Allah. Tidakkah kita mahu merenung dan bersyukur atas nikmat yang hebat ini?

 

Dengan sedikit ujian Allah jentik kita, takkan semudah itu kita goyah dan mahu mengalah? Padahal cubaan yang pernah dihadapi oleh orang-orang soleh terdahulu lebih berat lagi. 

 

Mungkin kita pun tidak tertanggung dengan ujian sebegitu. Maha baiknya Allah, Dia menguji sesuai dengan tahap kemampuan kita.

 

Usah kita terlalu berfikiran negatif seakan tiada yang dapat mendengar tangisan dan curahan hati yang lara. Bukankah ada Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat?

 

Tiada yang luput daripada pandangan-Nya. Cuma terkadang kita yang jarang kembali kepada-Nya. Allahul musta’an…

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia