Aktiviti Menarik Di Karnival Kita Anak Malaysia

Aktiviti Menarik Di Karnival Kita Anak Malaysia | IKRAM

Debaran menanti menjelang Karnival Kita Anak Malaysia (KAMI) yang julung kali dianjurkan Pertubuhan IKRAM Malaysia pada Jumaat, 16 September ini di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, Jalan Sultan Yahya Petra.

Bermula pada jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang, acara kemuncak Sambutan Bulan Kebangsaan 2022 ini menyediakan banyak aktiviti menarik yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat pelbagai bangsa, agama, budaya dan latar belakang serta peringkat umur.

Di karnival KAMI, terdapat aktiviti kebudayaan dan seni mempertahankan diri pelbagai bangsa iaitu silat, wusyu, silambam dan urumi melam, juga senaman serta permainan dan pameran yang menarik untuk seisi keluarga.

Selain itu, terdapat aktiviti selari sepanjang hari bermula 10.00 pagi hingga 4.30 petang iaitu Zon Interaktif (permainan kebudayaan), pelbagai permainan dan pertandingan di Zon Kanak-kanak dan khidmat kesihatan di Zon Kesihatan, di samping gerai makanan, food truck dan reruai pameran.

Lebih menarik, para pengunjung karnival ini berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah dengan hadiah terkumpul berupa pelbagai barangan bernilai RM6,000, dengan hadiah utama adalah basikal lipat yang bernilai RM1,200.

Seluruh rakyat Malaysia pelbagai bangsa dan agama dijemput untuk bersama-sama hadir dan memeriahkan Karnival Kita Anak Malaysia (KAMI) pada Hari Malaysia nanti.

Untuk maklumat lanjut karnival, sila layari https://www.karnivalkami.com/.

Aturcara Karnival

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia