Bersama Meriahkan Karnival Kita Anak Malaysia 2022

Bersama Meriahkan Karnival Kita Anak Malaysia 2022 | IKRAM

Di Malaysia, perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum telah pun menjadi sebahagian daripada sejarah dan warisan kehidupan rakyatnya. Ia menjadi sumber utama integrasi kaum selama bertahun-tahun dan pastinya memainkan peranan penting dalam menjadikan Malaysia tempat tinggal yang harmoni dan selamat.

Memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya merupakan cabaran terbesar negara sejak ia merdeka dan akan berterusan pada tahun mendatang. Cabaran ini diyakini merupakan kunci utama kelangsungan hidup masyarakatnya sebagai sebuah negara.

Dengan itu, tugas paling mendesak bagi setiap rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.

Kita ketahui bahawa mengekalkan semangat perpaduan, muhibah dan patriotisme bukan hanya ketika merayakan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September sahaja, namun perayaan-perayaan inilah masa yang terbaik untuk kita perbaharui dan meningkatkan semangat perpaduan, muhibah dan patriotisme terhadap negara yang tercinta.

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengambil pendekatan bahawa semua peringkat masyarakat daripada pelbagai kaum, agama, budaya dan latar belakang boleh bersatu sebagai satu ‘Keluarga Malaysia’ dan teguh bersama dalam membangunkan Malaysia sebagai negara maju, progresif dan sejahtera.

IKRAM melalui Kluster Perpaduan Nasionalnya amat komited dalam usaha memupuk perpaduan dan kerjasama antara pelbagai kaum, agama, budaya dan latar belakang di negara ini. Sebagai satu entiti yang inklusif, IKRAM juga melakukan libat urus dengan semua pihak bagi mencapai matlamatnya menjadikan Malaysia sebagai negara rahmah iaitu sebuah negara berdasarkan prinsip keadilan, kebebasan, inklusif dan bermaruah.

Dengan ini, pihak IKRAM melaksanakan Sambutan Bulan Kebangsaan bermula 1 Ogos hingga 16 September 2022 di peringkat nasional, negeri dan kawasan.

Acara kemuncak dan juga penutup sambutan adalah Karnival Kita Anak Malaysia (KAMI) yang akan diadakan pada 16 September 2022 di UTM Kuala Lumpur.

Program Karnival Kita Anak Malaysia (KAMI) yang merupakan acara kemuncak dan penutup Sambutan Bulan Kebangsaan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia yang bertemakan “Walau Kita Berbeza Tetap Teguh Bersama.”

Karnival ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat pelbagai bangsa, agama, budaya dan latar belakang serta semua peringkat umur dengan pelbagai acara dan aktiviti kebudayaan dan seni mempertahankan diri pelbagai bangsa, senaman dan khidmat kesihatan, pelbagai permainan dan pameran yang menarik untuk seisi keluarga.

Nama Acara : KARNIVAL KITA ANAK MALAYSIA (Sambutan Bulan Kebangsaan 2022)

Penganjur : PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA

Tarikh : 16 September 2022 (Jumaat)

Masa : 7.30 pagi hingga 5.00 petang

Tempat : UTM Kuala Lumpur, Jalan Sultan Yahya Petra 54100 Kuala Lumpur

Tentang Kami :

  • PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam.
  • IKRAM mempunyai lebih kurang 27,000 ahli berdaftar, 15 cawangan negeri, 103 kawasan seluruh Malaysia dan 16 cawangan luar negara, 34 Institusi yang berdaftar dan 50 buah sekolah.
  • IKRAM komited dalam usaha membina sebuah negara berdasarkan prinsip keadilan, kebebasan, inklusif dan bermaruah. Dengan visi Malaysia Menjadi Negara Rahmah, IKRAM sedia bekerjasama dengan pelbagai pihak dan sedia menjadi rakan kongsi strategik untuk membina negara (strategic partner in nation building).

 

Aturcara Karnival

Program Sambutan Bulan Kebangsaan 2022 ini disokong dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Cawangan Setiawangsa dan lebih daripada 30 NGO pelbagai bangsa, agama dan budaya, dan institusi IKRAM.

Bersempena dengan Sambutan Bulan Kebangsaan 2022, IKRAM telah melaksanakan lebih daripada 10 program di peringkat pusat dan hampir 100 program di peringkat cawangan negeri dan kawasan di seluruh negara dengan sasaran penyertaan seramai lebih 10,000 orang.

Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Tuan Haji Badlishah Sham Baharin berkata, “Pembentukan masyarakat madani yang bebas, adil, dan menegakkan hak asasi manusia, memerlukan kepada perpaduan nasional yang utuh. Begitu juga lima maqasid utama syariah dalam konteks sebuah negara memerlukan kepadanya. Persefahaman dan kerjasama dengan pelbagai badan antara langkah yang membantu mengutuhkan perpaduan antara segmen-segmen masyarakat.”

“Begitu juga usaha-usaha membantu mereka yang memerlukan. Sambutan Bulan Kebangsaan ini merupakan antara inisiatif yang bertujuan memupuk dan menyemarakkan semangat cintakan negara dan mengukuhkan jati diri sebagai warganegara Malaysia. Sambutan ini juga mengajak masyarakat Malaysia menjadi ‘rakyat sebagai satu entiti’ melalui semangat setiakawan untuk fokus kepada perkongsian nilai murni yang sama.”

Pengarah Sambutan Bulan Kebangsaan ini, Dr Sabariah Baharun berkata, “IKRAM berbesar hati dapat bekerjasama dengan pelbagai pihak khususnya Kementerian Perpaduan Negara dalam penganjuran Program Sambutan Bulan Kebangsaan 2022.”

“Kami percaya dengan perlaksanaan pelbagai aktiviti di setiap peringkat sambutan dan penglibatan pelbagai bangsa, agama, budaya dan latar belakang ini dapat meningkatkan kesedaran dan mendidik masyarakat berhubung konsep perpaduan yang perlu diamalkan dalam masyarakat Malaysia yang majmuk dan penuh dengan kepelbagaian.”

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https:/ikram.org.my/, halaman Facebook  Pertubuhan IKRAM Malaysia atau laman web karnival KAMI https://www.karnivalkami.com/.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia