Aktiviti IKRAM Negeri
Selamat datang ke laman info Aktiviti IKRAM Negeri. Segala maklumat
berkaitan aktiviti IKRAM di cawangan negeri boleh didapati di sini
Kubang Pasu
Jawatan Nama Penuh PENGERUSI TETAP MOHD SUBERI BIN SALEH YDP HASBULLAH ASHARI TYDP AZMAN BAHARUDIN SU ASMAT NIZAM ABDUL TALIB BENDAHARI MOHD BORHAN SHARIAT P/SU

Dua solat jenazah dalam sehari
(Catatan istimewa dari lubuk hati YDP IKRAM Selangor, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus yang menyingkap peristiwa dua kematian ikhwah, Allahyarham Jusri Jusoh dan Allahyarham Iman Shafiq Abdul Rahman pada Sabtu 16 Mac 2013. Catatan yang beliau emelkan pada jam 6.43 pagi, 17 Mac 2013 ini adalah tulisan asal beliau dan hanya disunting secara minimum – Editor.)
Ikut hukum adat sepatutnya aku tiada di KL hari ini dan semalam. Tetapi jadual berubah mengejut. Aku laporkan kepada Naqib dan group usrahku semalam yang aku tetiba “free” selepas menghantar anakku ke stadium UKM.

IKRAM Hulu Langat kehilangan dua aktivis gigih
BANGI – IKRAM Daerah Hulu Langat hari ini kehilangan dua orang aktivis dakwah yang pergi menghadap Ilahi.
Allahyarham Jusri Jusoh yang tinggal di Bandar Bukit Mahkota dekat sini meninggal dunia pada kira-kira jam 11.25 pagi di Hospital Serdang, manakala Allahyarham Iman Shafiq Abd Rahman yang tinggal di Taman Universiti, Kajang tetapi dalam sistem tarbiah Hulu Langat meninggal dunia pada jam 5.44 petang di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia akibat kemalangan jalan raya pada petang Jumaat.

Bengkel Penulisan dan Fotografi untuk aktivis media NS
SENAWANG – Pada Ahad 3 Februari 2013 yang lalu, Bengkel Penulisan dan Fotografi telah diadakan di Pejabat IKRAM Negeri Sembilan yang dihadiri 12 orang penggerak media IKRAM negeri, bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan melaporkan berita atau aktiviti-aktiviti IKRAM serta melatih kemahiran asas media.

Back To School: Sumbangan IKRAM untuk anak-anak yatim dan kurang mampu
SHAH ALAM – Dua program ‘Back To School’ anjuran JK Khidmat Masyarakat (JKKM) IKRAM Shah Alam telah diadakan pada Sabtu 22 Disember 2012 melibatkan sumbangan persekolahan kepada 180 anak-anak yatim dan yang kurang mampu di Padang Jawa dan Kg Baru Hicom.

Remaja daki Bukit Jugra
KUALA LANGAT – Program Ekspedisi Remaja mendaki Bukit Jugra anjuran IKRAMTeens Kuala Langat telah dijayakan oleh 60 remaja pada Selasa 11 Disember 2012 yang diketuai Ketua Komandan pendakian, Muhammad Diaulhaq Nor Zaman.

Ulul Albab Junior Camp tingkat ilmu, asah bakat
BANGI – Sesekali terdengar gegaran, tepukan dan sorakan “Ulul Albab!” dari dewan Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi. Begitulah rutin harian kem komander Mualim Imad serta Kak Long Fatihah, bagi menarik perhatian 97 orang peserta kem Ulul Albab kali ini.
Jawatankuasa Dan Pimpinan IKRAM Negeri
IKRAM Selangor
No. 20, Jalan Keluli 7/109, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Tel :
Emel : ikramselangor@gmail.co