Aktiviti IKRAM Negeri
Selamat datang ke laman info Aktiviti IKRAM Negeri. Segala maklumat
berkaitan aktiviti IKRAM di cawangan negeri boleh didapati di sini

Karnival MyCARE Palestine 2015
Karnival Palestin anjuran MYCARE Cawangan Negeri Terengganu. Tarikh 29-30 Mei 2015 bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Terengganu.

HC ZIARAH PERKAMPUNGAN ORANG ASLI
Pada petang semalam, skuad Hidayah Centre (HC) Pahang telah berkunjung ke Kampung Orang Asli di Paloh Hinai, Pekan.
Mereka berjumpa dengan tok batin dan juga menziarahi dua buah rumah muallaf Orang Asli di sana.
Selama bertahun-tahun lamanya tiada sesiapa yang memberi tunjuk ajar dan bimbingan agama kepada mereka sehingga cetek sekali pegangan agama mereka. Serta ketiadaan bantuan yang menatijahkan keadaan kehidupan yang amat daif.

Bengkel Mengemaskini Portal Negeri
JK Media Pusat telah menganjurkan satu bengkel mengemaskini portal Ikram Negeri pada 3 Mei 2015 di Pejabat Ikram Pusat.

Ramah Mesra NGO Wanita Islam Melaka
Pada 30 April 2015 Wanita Ikram Melaka telah mencatat sejarah kerana dapat mengadakan program Ramah Mesra antara Wanita Ikram Melaka dengan NGO wanita Islam Melaka.

DAURAH WANITA IKRAM MELAKA
Daurah wanita IKRAM Melaka telah diadakan pada 20 April 2015 di Pejabat IKRAM Melaka,Taman Jati, Batu Berendam. Islam & Ibadah menjadi tajuk perbincangan kali ini.

Explorace Silang Budaya Ikram Junior
Ikram Junior Melaka dengan kerjasama Ikram Daerah Jasin telah mengadakan program explorace Silang Budaya bertempat di Taman Botanikal Ayer Keroh pada 25 April 2015.

Suruhanjaya Gabungan Hindu-Islam Permulaan Era Baru Dakwah Di Negeri Sembilan
Tanggal 30 april 2015 merupakan tarikh bersejarah dalam usaha membina hubungan harmoni antara kaum dan agama sekaligus membuka dimensi baru arena dakwah di Negeri Sembilan. Satu forum tertutup telah dianjurkan oleh Persatuan Pertubuhan-pertubuhan Dakwah Islam Negeri Sembilan (GANDA) bersama Persatuan Hindu Sanggam Negeri Sembilan bertempat di Hotel Allson Klana.

Segmen Rahmah di Radio Bernama
Segmen Rahmah di Radio Bernama
In sha Allah & alhamdulillah segmen Rahmah akan bermula pada 9/3/15 pukul 6.15 pagi dan diulang pada pukul 7:40 petang setiap hari dari Isnin hingga Jumaat.…
Jawatankuasa Dan Pimpinan IKRAM Negeri
IKRAM Selangor
No. 20, Jalan Keluli 7/109, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Tel :
Emel : ikramselangor@gmail.co