Agihan Sumbangan Food Bank As-Sa’idiyyah

2hb Ogos, Seremban – Pusat Pendidikan As-Sa’idiyyah dan IKRAM Seremban telah menyampaikan Food Basket kepada beberapa  keluarga yang kesempitan semasa pandemik ini.

Antara barang keperluan yang disumbangkan seperti beras, minyak tepung, susu, gula, sardin dan kopi telah diberikan kepada 8 buah keluarga bertempat di SRI As-Sa’idiyyah pagi tadi.

Tn Hj Jamaludin bin Hassan, JK Pendidikan IKRAM dan Puan Haliza bt Ramli selaku Guru Besar telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga terbabit.

Adalah diharapkan agar sumbangan ini dapat meringankan beban masyarakat sekitar yang terkesan dengan pandemik ini.

Seperti firman Allah SWT, yang bermaksud Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).” (Surah al-Ma’idah, ayat 2)

#BinaNegaraRahmah
#IKRAMSeremban
#IKRAMNS

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia