Agihan Qurban Kasih Ummah 1434H

2. Usaha ini dimulakan untuk membantu saudara seIslam yang sedang diuji dengan dengan peperangan, di Acheh, Ambon, Bosnia, Kosova dan Palestin. Kini QKU telah melebarkan capaian sehingga ke 16 buah negara termasuk Malaysia. Untuk tahun ini, QKU juga menawarkan pelaksanaan qurban khas di Palestin (lembu) dan Syria (kambing). QKU telah membuat ketetapan bahawa fokus utama agihan yang dibuat adalah untuk membantu umat Islam yang;

i. sedang berada dalam suasana peperangan atau ditindas

ii. ditimpa bencana

iii. tidak diberikan tumpuan atau dilupakan

iv. miskin dan memerlukan bantuan


3. Kita di Malaysia ini amat bertuah dengan begitu banyak sekali ibadah qurban dilaksanakan di seluruh pelusuk tanah air saban tahun. Boleh dikatakan, tidak ada masjid atau surau yang tidak menganjurkan ibadah qurban. Walaupun begitu, Alhamdulillah ramai juga yang sudi melaksanakan qurban untuk membantu saudara seIslam di luar negara. Diharapkan usaha melalui Qurban Kasih Ummah ini dapat memberi sedikit bantuan kepada mereka yang memerlukan dan juga memberi kegembiraan untuk menyambut Eid-ul-Adha.


4. Ketika ini, pihak QKU sedang dalam proses membuat agihan qurban ke semua negara yang terpilih yang melibatkan 21 buah NGO pelaksana di 16 buah negara termasuk di Palestin dan Syria. Alhamdulillah, setakat ini Qurban Khas di Palestin telah mencecah 30 ekor lembu manakala Qurban Khas di Syria berjumlah 70 ekor kambing.


5. Untuk tahun ini, pihak QKU juga akan membawa rombongan Ziarah Qurban ke Selatan Thailand dan Acheh, Indonesia. Selain bertujuan menyaksikan sendiri pelaksanaan qurban, diharapkan ziarah ini akan melahirkan keinsafan dan kesyukuran di kalangan peserta ziarah setelah melihat sendiri kesusahan umat Islam di tempat lain. Ziarah ini juga diharapkan dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kita umat Islam.


6. Bagi pihak Sekretariat Qurban Kasih Ummah, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh peserta yang telah menyertai qurban bersama-sama kami. InsyaAllah, kami akan laksanakan sebaik mungkin ibadah qurban yang diwakilkan kepada kami. Bagi yang masih belum mengambil bahagian atau sedang berfikir-fikir untuk berqurban, masih ada masa lagi untuk turut serta bersama kami.


7. Marilah kita sama-sama menyahut seruan Nabi SAW dan melaksanakan tuntutan sunat muakkad ini sepertimana sabdanya:

“Tidak ada satu amalan yang paling dicintai Allah daripada Bani Adam ketika Hari Raya Eid-ul-Adha selain menyembelih haiwan qurban.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim)


Semoga Allah SWT menerima ibadah qurban kita sebagai satu amal soleh insyaAllah.

Sekian, jazakumullahu khairan kathira.


Hj Nahar Md Nor

Pengarah

Sekretariat Qurban Kasih Ummah

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia